Followers

Akuarium Qu

Thursday, February 5, 2015

Nasihat untuk kebaikan

Bismillah Al Rahman Ar Rahim..

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...

Apa hukum jika muslim tidak bertegur selama 3 hari..???? Ramai yang tertanya-tanya mengenai hal ini. 

Tidak ramai yang boleh menerima nasihat yang kita berikan. Adakah kita bersedia untuk menerima nasihat dari orang lain. Nasihat itu adalah tuntutan agama. Nasihat mungkin datang dengan nada yang lembut. Juga mungkin dengan nada yang tegas. Namun penasihat sentiasa mengharapkan kebaikan untuk pihak yang dinasihati. Tidak dinamakan nasihat, jika kita memujinya sehingga dia tersasar. Juga tidak dinamakan nasihat jika kita memakinya di khalayak ramai. 

Daripada Abi Hurairah: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah meredai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan- Nya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya, (ketiga) kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik 2/169).

Daripada Abi Said al-Khudri, daripada Nabi, sabdanya: Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan dan menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan dan menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan Allah. (Riwayat al-Bukhari 6/2438 dan al-Nasai 7/158).

Sabda Nabi: Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunah 507. 

Sebaik-baik insan sentiasa memberi peringatan baik. Kita tidak mengharap untuk dipatuhi atau diikuti, cukup dengan apa yang kita sampaikan menjadi teladan dan panduan kepada semua.

Sekian wassalam.

Wednesday, January 21, 2015

PAHIT ITU INDAH




Assalamualaikum wbt... n good morning blogger...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bersama lagi...
Thanks to Allah...!!

"Tersenyumlah di hadapan orang yang menyakiti mu kerana mereka lebih sakit melihat diri mu masih mampu tersenyum setelah apa yang mereka lakukan".

Senyum seindah suria :)

Indahnya pengalaman bergelar IBU

Assalamualaikum wbt....

Salam Blogger...

Wah...!! lamanya tidak post dalam
blog. Miss u'll yang menjadi pembaca setia...

Masih belum terlambat tuk ucapkan selamat tahun baru 2015.

Apapun, apa kabar semua kengkawan...??? Hope u'll happy dengan aktiviti seharian.

Setahun rasanya tidak post di blog ku yang comel ini. 

Today nak share, mengenai pengalaman selepas bergelar seorang Ibu. Alhamdulillah, selepas kelahiran cahaya mata yang pertama ( Muhamamd Qaid Danish Abdul Lashid ) pada 26.12.2013. Berat 3.1 kg. Walaupun ceaser, tapi aq bersyukur masih boleh bersamanya. Apa yang penting pengalaman 9 bulan mengandungkannya tidak akan pernah ku lupakan. Now da setahun 27 hari. besar suda bby ku. Qaid panggilannya, dan qaid panggil umi n abah. Sayang anak umie.

Banyak yang berubah selepas menerima cahaya mata ni. Selepas melahirkan, semasa menjaganya selama setahun sehingga kini. Pelbagai rasa, perasan yang dialami. Bby fully susu badan dalam masa 3 bulan. mmg xnk campur botol.. Tapi selama berpantang, mak selalu membebel, ajar anak tuk susu botol supaya senang p kerja x la risau bby tinggal d umah. Dengan hati yang berat, terpaksa juga bagi susu botol tapi mix dengan susu badan. Azam, nak bagi bby susu badan sehingga umo nya 2 tahun (doakan saya).

You'll nk taw, genap setahun, saya n suami plan nak celebrate befday bby qaid. Alhamdulillah, seperti yang dirancangan. Selepas Isya pada 26 Disember 2014, acara bermula dengan bacaan doa selamat, acara potongan kek dan jamuan ringan. Semoga anak umi jadi anak yang baik, anak yang soleh, taat perintah Allah, Ikut cakap ibu bapa dan dengar nasihat guru dan yang paling penting jadi anak yang berguna dunia akhirat. Aminnnn ( rintihan seorang ibu yang pernah merasa jadi anak ).

SubhanAllah, panjang pula leteran. Lama x share ceta dalam blog. Maaf kawan-kawan semua sekiranya ada yang ternanti-nanti post dari ku. Terima kasih kerana masih setia. Semoga perhubungan kita masi kekal dan tiada penghujungnya. Saya doakan supaya anda berada dalam keadaan baik-baik, dan dipermudahkan segala urusan.

Okey, jumpa lagi di lain episod.

Sekian, 

Wabilahitaufik walhidayah, Assalamualaikum wbt.

Wassalam.






Thursday, December 12, 2013

Kemanisan menanti Fasa ke 3 : Kelahiran


Assalamualaikum wbt dan Salam Bloger

Alhamdulillah...!!

1.1 Kaedah mengetahui Jantina anak Lelaki or Perempuan



2.1 Dalam badan ku ada nyawa




3.1 Set Pemakanan Seimbang membantu perkembangan Ibu dan Bayi dalam kandungan




4.1 Produk kesihatan untuk ibu mengandung



5.1 Umie menanti kehadiran mu :: SAYANG ::



Ya Allah permudahkanlah urusan ku dalam menjaga dan membesarkan amanah yang Engkau berikan...
Aminnn Ya Robbal Al-Aminnnn...
 

Monday, September 30, 2013

:: Anugerah Ilahi ::

Assalamualaikum wbt... &  Salam blogger
Perkahwinan pada 23 Mac 2013, memberi seribu kenangan kepada kami sekeluarga apabila sepasang kekasih diijabkabulkan pada Jam 3.00 petang ( Sabtu ).

Walaupun keadaan huru-hara pada ketika itu, tapi ia bukan penghalang kepada kami semua.




Alhamdulillah dengan rahmat dan penyayang Allah swt, kami dapat melaksanakannya dengan baik.

Kini, apa yang dihajati bakal tercapai, apabila kami bakal dikurniakan cahaya mata. Baru ja kahwin terus dapat. orang bilang bunting pelamin.

Syukur...!!

Eh... saya ada petua nk share mengenai ragam ketika mengandung nie...

1) Sepanjang kehamilan, saya x pernah merasa pening-pening, mabuk, alahan... ikut petua orang tua-tua, makan kurma n jus oren. Faktor keturunan, mak mertua takde alah semasa mengandung. sampai nk melahirkan pun x sempat nak panggil bidan.

2) Belum cuba belum tahu, baru nie suami ada belikan produk kesihatan untuk Ibu Hamil, nama Produknya "SHAKLEE". sejak minum set kehamilan nie, sy rasa lebih bertenaga. Mudah-mudahan bby dalam kandungan sihat hendakNya. Aminnnnnn...



3) Sebelum nak bersalin nie, banyakkanlah baca or dengar Surah Mariyam dan Surah Al-Kursi supaya dipermudahkan ketika hendak melahirkan kelak. Aminnnn.

Selamat mencuba ibu-ibu yang membaca post nie.. :)

Exited x sabar nk tunggu kelahiran anak umie....

Aku hanya mampu bersyukur dengan anugerah ilahi yang diberikan.

Selamat membaca


Tuesday, July 30, 2013

Semangat Ramadhan 2013

Assalamualaikum wbt & Salam Blogger

##Syukur alhamdulillah ku ucapkan kepada Mu, Ya Robbi atas segala nikmat yang diberikan dalam melalui kehidupan sehari-harian... Semoga ia menjadi semangat dan bekalan untuk menghadapi hari yang dinantikan kelak ::: <3 :::::="" p="">
##Tiada kata seindah bahasa, tiada manis semanis senyuman... seperti kebiasaannya, bulan Ramadhan yang sangat dinantikan kini menjelang, walaupun telah berlalu selama 21 hari namun post ku pagi nie masih menyentuh semangat permulaan puasa....

##Salam Ramadhan Al-Mubarakh kepada semua muslimin dan muslimat... Jadikanlah ramdhan kali ini lebih baik dari ramadhan tahun lepas... hendak dijadikan cerita, walaupun permulaan pose tidak bersama orang yang tersayang ( husband ) namun ku bersyukur kerana Allah bagi ruang dan peluang untuk mencari pahala sebagai ganjaran terhadap ibadah yang kita jalankan. InsyaAllah...!!

##Sebenarnya tak banyak nk dikongsikan dalam post kali ni, cuma sebagai org yang telah tahu, saya kena sampaikan beberapa perkara yang perlu kita lakukan sepanjang Ramadhan :-

a) Pose jangan tinggal ::Alhamdulillah setakat nie pose penuh. Terima kasih my bby coz bantu umi pose penuh tahun 2013 nie.

b) Tunaikan zakat fitrah :: InsyaAllah, nt nk malam tadbir baru nk bayar. Maklumlah hari terakhir baru bersama keluarga mertua. Bagi jew kat Bapa Mertua. Semoga rezeki yang kita miliki mendapat keberkatan dari Ilahi.. Aminnnn

c) Solat ::: Tunaikan solat 5 waktu ( baik tinggal pose dari tinggal solat wajib nie ), rajin- rajin g masjid Solat Tarawih ( ops adakah aku buat dalam tahun nie..?? ), kena paksa diri wt Solat Witir ( wajib ke atas kamu sebagai pengakhir segala solat yg dilakukan dalam seharian ), Solat Sunat tuk tambah pahala. Janji Allah adalah pasti, mereka yang menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan akan dilipatgandakan pahala.

##Sekian dahulu perkongsian ilmu yang sangat singkat ini, semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Wassalam...