Followers

Akuarium Qu

Monday, June 9, 2008

kesan kenaikan harga minyak....

Kenaikan harga minyak yang diumumkan di dadah-dadah akbar baru-baru ini mengambarkan suatu perkara yang hangat diperkatakan iaitu kenaikan harga barangan. Isu utama yang dibawakan dalam Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar kali Ke 23, 9 Jun 2008, Isnin iaitu Kenaikan Harga Minyak memberi kesan yang mendalam kepada pelajar khususnya mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah itu sendiri. Tidak lupa juga kepada mereka yang menaiki kenderaan sendiri untuk datang ke kuliah ataupun sekitar kampus induk. Utusan Malaysia, Jumaat, 6 JUN 2008(m/s 13) turut menyokong bahawa kenaikan minyak sebanyak 78 sen bagi petrol iaitu RM 2.70 dan RM1 diesel sebanya RM 2.58 akan mendorong kepada kenaikan harga barangan lain di Pasaran. Kesan terbesar terhadap pelajar ialah kenaikan jumlah perbelanjaan terhadap minyak kereta, makanan, dan harga barang tulis seperti buku, pen, pensel, dan lain-lain. Mengikut jangkaan awal harga barangan seperti alat tulis akan meningkat dari RM0.80 kepada RM1.00 bagi pensel manakala harga pen akan meningkat RM1.20 kepada RM 1.50. Tidak mustahil ini akan membebankan lagi pelajar tersebut. Adakan jalan penyelesaian di pihak-pihak yang terlibat dalam permasalahan ini. Renungkan bersama...

1 comment:

Hilal Azmi said...

Saya pon x setuju dengan kenaikan ni... Mari kita perjuangkan agar wujud mekanisme terbaik dalam memastikan kenaikan ini x membebankan rakyat...