Followers

Akuarium Qu

Tuesday, June 10, 2008

Wanita

Ibu kita adalah wanita... Kakak kita juga wanita.... Begitu juga teman kita, mereka juga terdiri dari kalangan wanita... Kehebatan wanita zaman ini memang tidak dapat dinafikan. Merujuk kepada sejarah lampau, pada zaman jalihiah iaitu zaman kegelapan, wanita adalah bahan mainan, barang jualan dan di antara golongan yang paling ditindas. Namun zaman itu semakin pupus dan sejauh manakah kedudukan wanita di era globalisasi yang semakin canggih samaada sama seperti dahulu atau mencapai tahap piawaian sebenar.




Pengakuan seorang kawan saya dari Yamen iaitu mohd. hanafiah dari DJ Ferly zais bahawa Seorang wanita mu’minah cantik jelita suatu saat ditanya tentang resepi kecantikannya. Wanita itu menjawab: “Kedua bibir saya selalu berkata benar, suara saya hanya untuk membaca al-Qur’an, kedua mata saya selalu melihat dengan penuh belas kasihan dan kasih sayang, kedua tangan saya hanya dipergunakan untuk kebaikan, kedua kaki saya tidak pernah goyah untuk kejahatan dan hati saya selalu ikhlas hanya mengharapkan ridhaNya”. Berkuasanya wanita bukan pada paras rupa yang cantik hakikat kecantikannya adalah dinilai pada agama dan kebergantungannya kepada siapa yang menciptanya.



Wanita mampu untuk mengoncang dunia. Inilah pepatah yang sering pemimpin-pemimpin wanita laungkan dalam ucapan-ucapan mereka dalam mengadakan konvensyen-konvensyen yang khusus untuk wanita seperti di Universiti-universiti yang terdapat di Kuala Lumpur khususnya. Kini dalam perancangan, di mana Universiti Malaysia (UM) akan mengadakan konvensyen khas di bawah kelolaan Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Universiti sekitar KL yang juga tutut menjemput golongan pimpinan pelajar khususnya wanita untuk ke konvensyen tersebut tarikhnya dalam bulan Julai atau Ogos. Berita gembira ini telah disampaikan semasa sesi dialog bersama MPP dari UM dan UPM pada 5 dan 6 hb Jun 2008.



Selain itu, wanita adalah golongan yang hampir menguasai universiti-universiti atau pusat pengajian di Malaysia. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementrian Pengajian Tinggi, secara kasarnya statistik mengambarkan nisbah lelaki dan wanita adalah 1 : 5 dan ini menunjukkan wanita lebih pakar berbanding lelaki. Namun golongan intelektual dewasa ini tidak lagi menganggap itu sebagai isu utama kerana bukan dari sudut iti sahaja kita boleh menilai kehebatan wanita di zaman ini.



Saya berpendapat, duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah adalah wajar bagi kedudukan wanita. Kita perlu bersama-sama memartabatkan wanita. Walaupun ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan penyataan ini. Sebagai tambahan, mantapkan organisasi optimumkan tenaga wanita.





Terang lagi bersuluh, wanita dianggap hebat masa kini dan mampu melontarkan idea-idea yang bernas dalam memutuskan sesuatu perkara. Terutamanya dalam organisasi MPP itu sendiri misalnya, banyak program-program yang wanita menjadi Pengarah seperti Jauh Di Mata Dekat Di Hati (Saudari Shahirla), Majlis Sejambak Budi Setulus Kasih (Saudari Huzailah). Selain itu, keberkesanan Program Lawatan sambil belajar ke seluruh IPTA di Sekeliling Kuala Lumpur memberi satu impak yang sangat baik pada diri saya. program ini dimoderatorkan oleh Saudari Wong Jie Jing selaku Exco Akademik dan Diplomatik MPP sesi 2007/2008 mengukuhkan lagi hujah saya untuk menyatakan wanita boleh duduk setanding dengan lelaki.



Itu sekadar pandangan dan saya lebih suka membawa kawan-kawan semua untuk berfikir khususnya wanita agar dapat membentuk sahsiah dalam diri, menjadi seorang yang lebih profesional dalam pelbagai bidang sebagai extra untuk kita berorganisasi dan juga menjadi pemimpin. Nothing is possible if you to be a good leader. Juga tidak mustahil Perdana Menteri Malaysia 10 Tahun akan datang adalah dibarisan pimpinan wanita.



Ke arah pembentukan ummah di arena global.

No comments: