Followers

Akuarium Qu

Monday, August 4, 2008

Tazkirah "Solat lima waktu"

Wahai pembaca luahan hati sekalian,

Bismillaharrahman arrahim..

Apa kbr semuanya...?

Saya hendak menyampaikan satu tazkirah yang bertajuk Solat lima waktu.

Syukur kehadrat ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk menikmati dua kurniaan Allah yang terbesar iaitu, nikmat Iman dan nikmat Islam. Dikesempatan yang ada cerita sedikit berkenaan solat lima waktu.

Solat lima waktu merupakan rukun ke dua yang digariskan dalam Rukun Islam. Dari segi bahasa, solat adalah penghambaan diri kepada Allah melalui perbuatan, iaitu 13 rukun dalam solat dengan khusyuk dan mengharap mardathillah Allah. Dalam sehari kita akan mengerjakan 5 solat fardhu iaitu Subuh (dua rakaat), Zohor (empat rakaat), Asar (empat rakaat), Maghrib(tiga rakaat) dan Isya (empat rakaat).

Menjaga solat adalah tuntutan kita, kerana solat adalah tiang agama. Apabila kita mendirikan solat maka kita akan mendirikan tiang agama. Manakala apabila solat kita tinggalkan maka kita meruntuhkan agama. Walhal, kita sebagai hamba yang hina.

Kelebihan-kelebihan mengerjakan solat,
1. Selamat dunia akhirat.
2. Terhindar daripada melakukan maksiat
3. Membentuk bait solehah
4. Menikmati ketenangan jiwa
5. Termakbul doa ketika solat

InsyaAllah, sedikit tazkirah yang disampaikan dapat menyedarkan kita dalam kesibukan mengurus hal dunia, kita tidak lupa pada akhirat. Sekian akhir kalam, wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum w.b.t.


No comments: