Followers

Akuarium Qu

Monday, September 22, 2008

Semangat yang hilang


Sahabat2ku..


Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
sekali kau terjatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
kau punya kekuatan untuk bangkit
semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.


Berjuanglah shabat2ku..
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
jika tidak didunia,
nun di syurga sana..


"Di sini bermula". Inilah tajuk blog seorang sahabat yang kini menuntut di UMSKAL yang memuatkan seribu satu peringatan yang berguna buat semua aktivis Islam di bumi bertuah. Tergerak tangan rasanya untuk menceritakan semangat yang hilang di kalangan sahabat yang telah letih menyampaikan dakwah. Letih....!!! Letih...!!! Letih sudah bagi peringatan.

Walhal, dalam Surah Ad-Dzariyat:55, "Dan berilah peringatan, sesungguhnya memberi peringatan bermanfaat bagi golongan yang beriman". Jika kita menghayati pesan Rasulullah suatu ketika dahulu, dan Baginda bersabda bahawa sampaikanlah walau satu ayat bertapa pentingnya kita dalam menyampaikan ilmu. Mengapa Kita masih merasa lemah dan tidak bermaya dalam meneruskan mata rantai perjuangan yang terbukti bahawa dakwah kita memang tiada penghujungnya.

Bukan setakat meluah perasaan tapi peranan sebagai sahabat untuk memberi peringtan membantu sahabat dan meringankan bebanan yang ditanggung. Di kesempatan yang ada, dalam 10 hari terakhir bulan Ramadhan, teruskan mencari amal ibadah kerana Allah. Ampun maaf dipinta, maaf zahir dan batin. Mudah-mudahan kita menikmati Ramadhan dan menganggap ini adalah Ramadhan yang terakhir supaya tingkat keimanan kita semakin bertambah.


BANGKITLAH AKTIVIS ISLAM, DO FOR ALLAH....

WE LOVE ISLAM..



No comments: