Followers

Akuarium Qu

Tuesday, September 23, 2008

Siapakah dia dan siapakah aku ….?


Siapakah dia dan siapakah aku….?

Tenang hati melihat wajahnya yang bersinar dan bercahaya sehingga mencuri hati ku. Mungkin juga peribadi elokmu di mataku mempesonakan ku. Muazzin, bilal dan imam - kebolehanmu dan keagamaan dalam dirimu memberi peluang diri kerdil ini menyimpan sedikit perasaan. Siapalah aku nak dibandingkan dengan kamu..

Aku?? Aku dahulu lebih dikenali sebagai minah rock. Tetapi aku tak bangga dengan gelaran itu. Dan aku meneruskan misi mencari peribadi hakiki diri ini. Kerana aku tahu, aku punya potensi untuk be

rubah selaras dengan niat dan minat ku. Lama sungguh proses mencari "Siapa Aku?" sehinggalah Allah mentakdirkan pertemuan antara kau dan aku.

Seperti kisah penjual minyak wangi dan tukang besi, begitulah perubahan yang aku rasakan. Kau sebagai penjual minyak wangi dan haruman yang tercalit padaku, aku rasakan terus berkek

alan. Mengenali kamu membuat aku ingin berubah. Katanya, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Sejak itu, aku cuba menjadi wanita yang b

aik untuk berjalan seiring dengan lelaki yang baik. Tetapi, perubahanku adalah Lillahi Ta'ala didorong oleh perasaan kagum terhadap peribadi kamu. Kalau kamu boleh punya peribadi hebat, masakan tidak aku??

Terima kasih memberi peluang aku mengenali kamu. Terima kasih juga kerana pertemuan antara kita memberi aku kekuatan luar biasa untuk berubah. Biarlah perasaan aku menjadi rahsia antara diriku dengan al-Khaliq. Sekiranya ditakdirkan ada jodoh kita bersama, Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka aku redha. Kerana aku percaya, Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada makhluknya.

**telah diciplak atas kebenaran penulis asal (",) ...Lelaki merupakan pemimpin keluarga terulung..Wanita berperanan terus mendukung! Selamat menghayati

No comments: