Followers

Akuarium Qu

Thursday, October 23, 2008

Pengalaman semasa di kampus

Semakin hari usia semakin bertambah, tidak lama lagi kita bakal menghadapi dunia yang semakin besar dugaan dan cabaran iaitu, meneruskan medan dakwah di luar kampus setelah habis belajar kelak. Rasa tidak cukup ilmu di dadah namun semangat untuk menyambung perjuangan Rasulullah dan para pejuang-pejuang Islam pada masa dahulu, kaki saya masih ingin berada bersama mereka dan merasai keperitan yang pernah mereka lalui. Kerana berada di jalan yang benar penuh liku dan rintangan.

Atas permintaan seorang sahabat dari sandakan, Saya terpanggil untuk berkongsi apa yang ada sepanjang terlibat dengan medan dakwah di kampus kerana itu adalah impiannya. Ketua pimpinan semasa saya menjadi adik dim ada menceritakan pengalamannya semasa melalui proses pendidikan. Banyak peringkat-peringkat pendidikan yang mungkin pernah kita lalui ataupun langsung kita tidak pernah pun merasai peringkat pendidikan seorang pejuang Islam. Dari peringkat pengenalan sehinggalah satu tahap kita menjadi ketua untuk memimpin.

Sepanjang berada di medan dakwah di kampus, saya adalah seorang yang tidak mengenali Allah secara keseluruhannya walaupun Pendidikan Islam diajarkan di sekolah menengah. Saya adalah seorang yang buta huruf (Tidak lancar mengaji-baca merangkak-rangkak), tidak menguasai Fardhu Ain sepenuhnya, pendekkan cerita saya adalah seorang yang beragama Islam hanya sekadar atas nama.

Tapi, Alhamdulillah, selepas melalui pahit getir perjuangan di kampus, banyak ilmu yang bermanfaat untuk diri. Saya yakin bahawa hidayah Allah tidak akan datang seperti batu menghempap bumi. Hidayah Allah hanya akan dinikmati oleh mereka yang tertentu sahaja. Mereka yang bersungguh-sungguh mencarinya sahaja akan memperolehi nikamat Allah yang tidak pernah putus.

Walaupun tidak semua peringkat pendidikan dilalui tetapi pengalaman dan ilmu yang diperolehi serba sedikit menjawab persoalan yang pernah terdetik sebelum mendalami Islam sepenuhnya. Peranan daripada diri sendiri, bantuan daripada sahabat dan faktor persekitaran menjadi pendorong utama mengapa diri ingin mengenali siapa Allah yang sebenarnya. Kerana hanya dengan mengenali Allah kita mampu mengenali sesiapa sahaja ada di sekeliling kita.

Pesanan Rasulullah dalam khutbah terakhirnya, lebih kurang begini, Jagalah hubungan kamu dengan Allah nescaya hubungan dengan manusia akan terjalin. Kerana sesungguhnya manusia itu bersaudara dan menjalinkan hubungan manusia dengan manusia hanya akan terjalin dengan kita menjaga hubungan dengan Allah. Itulah salah satu ilmu yang boleh dikongsikan tapi berada di medan dakwah di kampus. Ada banyak lagi nanti saya ceritakan sebab ada kerja yang perlu diselesaikan lepas ni.

Wassalam.... bersambung

2 comments:

gopenghagen said...

salam,
utk mnjadi seorang pejuang, ia tidak berlaku sekelip mata, bukan sehari, bukan sebulan, bukan juga setahun. ia adalah satu proses yg tidak terhenti. kemampuan bertahan itulah yg menentukan sama ada kita benar besedia utk menjadi pejuang.

NurSyahadah said...

Assalamualaikum w.b.t
Salam ukhuwahfillah....

Terima kasih atas komen.
Itu yang kami harapkan "terus berada bersama pejuang-pejuang selagi mampu".

Nantikan edisi ke 2