Followers

Akuarium Qu

Saturday, October 25, 2008

Uda dan Dara, lelaki dan perempuan dan Syurga Allah

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ukhuwahfillah... Salam perjuangan dan Selamat membaca

Saya bukanlah insan yang layak untuk beri peringatan tapi atas dasar tanggungjawab perlu rasanya untuk saya berkongsi dengan sidang pembaca sekalian bahawa cerita Uda dan Dara sebagai pengajaran kepada anak muda masa kini. Mesti dah ramai yang tahu cerita di sebaliknya. Itu tidak mustahil kerana kita sendiri mengalaminya. Sebenarnya cerita Uda dan Dara adalah kisah percintaan dua anak remaja yang belum pasti sama ada akan mengakhiri kisah percintaan mereka dengan perkahwinan.


Terbaca satu artikel yang mengisahkan cerita berkenaan Uda dan Dara. Ia mengisahkan bahawa Udan dan Dara adalah pasangan anak muda yang penuh dengan kisah percintaan alam remaja. Dengan ilmu yang masih cetek terhadap bagaimana hendak mendirikan rumahtangga. Harapan pasangan yang bercinta adalah ingin mengakhirinya dengan perkahwinan.

Sinopsis mengenai cerita Udan dan Dara
Bold

"Lelaki dan Perempuan Murahan" ini adalah salah satu cerita yang berkaitan dengan cerita Uda dan Dara. Kisah Lelaki dan Perempuan murahan. Siapakah mereka ini...? Mereka adalah di antara golongan yang percaya kepada cinta monyet di alam persekolahan. Faham-faham sahajalah kalau cinta monyet macam mana. Pegang sana pegang sini, duduk berdua-duaan, ke hulu ke hilir seperti sepasang belangkas dan bagai dua merpati sejoli selepas berkahwin walhal belum pun mempunyai ikatan tali perkahwinan. Islam tidak menggalakkan ummatnya terjebak dengan gejalah negatif ini. Namun semakin hari semakin menjadi-jadi pula di kalangan mereka. Berjanji hidup semati. Ungkapan yang sering digunakan adalah Oh bulan engkau menjadi saksi cinta kami berdua. Las-las berakhir dengan cerita yang amat menyedihkan. Inilah realiti anak muda sekarang. Cinta yang didasari bukan kerana Allah tidak akan berpanjangan dan hanya akan membawa ke arah kebinasaan.

Sebenarnya...

Kita adalan harapan kepada keluarga untuk menjadi orang yang berguna berbekalan iltizam iaitu membulatkan hati untuk menuntut ilmu agar beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 11 adalah kunci untuk mencapai kejayaan. Baca, hayati dan fahamkan maksud yang tersirat daripadanya. Sedikit daripada saya mengenai surah ini adalah, bagaimana kita menjaga solat iaitu solat berjemaah, mengeluarkan zakat dan menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia. Juga manjadi pendorong untuk menikmati syurga Allah iaitu Syurga Firdausi. Dalam perbincangan dengan sahabat-sahabat semalam manggambarkan keindahan syurga dan kandungan yang terdapat di dalamnya.

Jangan mengimpikan syurga jika kita tidak mencarinya.

Apa kaitan cerita Uda dan Dara, Lelaki dan Perempuan dengan cerita Syurga Allah...? Jauh api dari panggang jika diteliti maksud jalan cerita di atas. Tapi saya ingin mengetengahkan cerita-cerita di atas adalah untuk memberitahu kepada sahabat semua bahawa dalam khutbah terakhir Rasulullah ada memberi peringatan. Peringatan itu berbunyi begini sampaikanlah apa yang aku sampaikan setelah kamu mendengarnya dan orang mendengar peringatan dari Rasullulah tadi dipesan supaya menyampaikannya kepada orang lain dan orang lain yang mendengar tadi perlu menyampaikan pula kepada orang lain.

Salah satu pendekatan yang saya gunakkan untuk menyampaikan risalah Rasulullah adalah melalui penulisan di dalam blog. Jadi kepada sahabat yang berbaca post kali ini tolong sampaikan kepada sesiapa yang berkaitan agar di akhirat nanti Allah tidak akan mempersoalkan apa yang kita lakukan sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi. Agar kita terlepas daripada siksaan api neraka jahanam yang mampu membakar kulit-kulit lembut manusia yang tidak akan ada penghujungnya.

Betapa ruginya mereka yang menuntut ilmu tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan. Falsafah orang intelektual menyatakan bahawa semakin menuntut ilmu seseorang itu semakin dia mengenali tahap kebodohannya. Melainkan ia mengaplikasikan setiap ilmu yang dicarinya dan dikongsikan bersama. Dan juga berkongsi ilmu adalah bekalan kepada diri kita apabila menghadapi alam kematian kelak iaitu salah satu bekalan kita yang akan dibawa setelah melepasi sakaratul maut. Dan menjadi lampu kita apabila berada di dalam kubur.

Pengajaran daripadanya menjadi teladan

Wahai sahabat ku sekalian. Terngiang di telinga sejak berada di alam persekolahan di Universiti "Kau belajarlah rajin-rajin supaya dapat bantu keluarga mu dan jangan hampakan harapan mak dan ayah. Jadilah role model yang terbaik kepada masyarakat." Tazkirah ringkas daripada kak naqibah yang menjadi pendorong selama berjauhan daripada keluarga. Sebagai anak muda teringin juga menuju ke arah yang diimpikan oleh mereka tadi. Dalam usaha pembentukan individu muslim dengan tema Islam cara hidup saya dan bercita-cita menjadi insan yang soleh dan solehah. Bersama kita menuju ke arah itu walaupun tidak mampu tapi Allah sentiasa berada di sisi.

Saranan...

Ambil cerita Uda dan Dara sebagai sempadan supaya kita dapat mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa di kalangan anak muda. Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahat. Ingatlah pesanan ayah dan ibu di rumah, kasihanilah mereka dan jangan hampakan harapan mereka kelak kita yang menikmati erti bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah bersama-saama kita dalam merealisasikan slogan perbaiki diri di samping memperbaiki orang lain. Dan patuh perintah Allah "Amar Maruf Nahi Mungkar" iaitu menyeru ke arah kebaikan mencegak kemungkaran.

Pesanan...
Cerita ini tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia tapi hanya sebagai perkongsian bersama.

No comments: