Followers

Akuarium Qu

Friday, November 14, 2008

Luahan hati ku hari ini...

Assalamualaikum w.b.t. Salam ukhuwafillah... Salam Islam untuk semua..
Alhamdulillah perjalanan hidup kita hari ni masih disinari nikmat Allah iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Adakah kita bersyukur dengan nikmat yang ada..? Baru ja lepas maghrib tadi dengar pengisian dari seorang sahabat tentang erti bersyukur. Dalam penyampaiannya dalam sebuah bulatan kecil yang mendidik untuk menjadi seorang hamba Allah yang tahu rasa bersyukur membantu penulis pula untuk meluah perasaan apa yang tersurat san tersirat dalam hati.
Siapa kita untuk menghitung dan berkira dengan nikmat yang Allah berikan. Walhal dalam diri dengan tertanamnya rasa sifat tamak akan sesuatu mendorong kita untuk tidak ambil tahu pun sedikit erti bersyukur. Tidak dinafikan bahawa manusia mempunyai keperluan dan kehendak dalam diri tapi bagaimana kita hendak memenenuhi kedua-dua keinginan manusia itu. Cukupkah kita memenehui keperluan sahaja sedangkan kehendak juga perlu diambil kira. Cuba kita kaitkan dengan erti bersyukur.
Sempatkah kita mentafsir realiti manusia hari ini. Dengan masa yang sentiasa mencemburui kita walhal masa yang diperuntukan bagi seorang manusia adalah sama iaitu 24 Jam. Cuma bagi mereka yang mengisi masa mereka dengan perkara yang baik maka beruntunglah. Bagaimana pula dengan mereka yang lebih menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Mengapa berlaku sedemikian. Kita tidak sedar bahawa manusia diciptakan kedunia hanyalah untuk mengabdikan diri semata-mata kepada Allah. Rugilah mereka yang menyembah selain Allah. Bersyukurkah kita apabila diuji kita mengeluh, apabila ditarik nikmat kesihatan sedikit marah dengan Allah, adakah ini adil bagiNya. Allah tidak pernah pun marah kalau kita benci Allah, malah diberikan lagi nikmat yang tidak terhingga dan tidak boleh dihitung dengan jari pun.
Manusia-manusia sedarlah diri kita hidup di dunia ini hanya sementara, segala nikmat yang dimuliki pun hanya pinjaman dari Allah tujuannya adalah untuk menilai sejauh mana kita bersyukur. Fatwah yang dikeluarkan iaitu fatwa berkaitan dengan pengkid dan tomboy mengambarkan sedikit demi sedikit manusia kini tidak tahu erti bersyukur. Adakah patut kahwin sejenis dihalalkan. Ini adalah satu perbuatan yang keji sehinggakan Kes Liwat DSAI dengan Saiful telah difatwakan untuk dihalalkan kerana hubungan sejenis tidak menjadi penghalang kerana ia adalah fitrah menusia. Kejamnya manusia terhadap dirinya sendiri. Mudah-mudahan dijauhkan.
Balik sahaja dari masjid lepas Isya, hujan lebat turun. Entahlah sejak kebelakangan ni hujan sentiasa membasahi bumi dah tu mesti time balik umah. Dugaan..!! Berkira lagi, patut kita bersyukur dengan nikmat hujan yang Allah turunkan. Penulis terasa ia adalah pemberian Allah kepada hambanya kerana tanpa Allah turunkan hujan kita tidak akan dapat meneguk air minuman yang boleh membasahi kerongkong ketika dahaga. Malam ni penulis hendak berkongsi tentang erti bersyukur sahaja.
Alhamdulillah dapat juga makan sekeping roti canai yang dijual di cafe. Sedap pula tu..!! Rindu pula roti canai yang ayah selalu belikan kalau pergi ke bandar. Tengok nikmat ALlah tidak akan pernah putus. Bersyukurlah dengan nikmat yang ada. Sebelum ni sempat juga masukkan post berkenaan bersyukur tapi just copy, edit sikit baru masukkan dalam blog Luahan hati bersama ni.
Setakat itu sahaja lah perkongsian luahan hati penulis malam ni. Bab penulis create post ni pun pas balik dari cafe. Sampai-sampai ja buka laptop buka blog. Itulah rutin harian yang biasa dilakukan apabila ada masa terluang. Ambillah mana yang boleh dijadikan ikhtibar. Penulis hanya menyampaikan apa yang diperolehi hari ini. Sebenarnya ada banyak lagi tapi atas kesempitan waktu penulisan perlu dihentikan setakat ini. Namun itu bukan penghalang untuk mara ke hadapan menjadi seorang penulis yang berjaya suatu hari nanti. InsyaALlah.
-Wassalam-

No comments: