Followers

Akuarium Qu

Wednesday, November 12, 2008

Pengalaman semasa di kampus- Sambungan

Assalamualaikum w.b.t. Salam ukhuwahfillah.. Salam Jihad Fisabilillah...
Sesungguhnya mati di jalan Allah itu adalah cita tertinggi kami. Bersemangat pula dengar sepotong lirik lagu daripada sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Aeman, tajuk lagu "Beramal kerana Allah". Inilah lagu pertama yang diperdengarkan kepada kami semasa menghadiri program dakwa semasa tahun satu. Program tersebut mula mendedahkan kepada kami tentang perjalanan perjuangan Rasulullah secara ringkasnya. Nama program tu "Kem menjejak hidayah" sesuai dengan namanya hati yang kosong mula diisi dengan sedikit ilmu mengenai Allah dan perjuangan Rasulullah.
Semasa zaman Rasulullah suatu ketika dahulu, ramai para sahabat yang turut serta dalam perjuangan Baginda. Di antara sahabat-sahabat yang setia bersama Rasulullah adalah Saidina Abu Bakar As-Siddik, Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Anfal, Bilal Bin Raba dan ramai lagi yang akan dan telah dijanjikan masuk syurga. Adakah kita menanamkan cita-cita seperti mereka untuk memilih jalan berjuang Jihad Fisabililllah kemudian Allah menjanjikan syurga sebagai balasan mereka yang mati syahid. InsyaAllah kalau diizinkan. Kerana mati semasa menuntut ilmu kerana Allah boleh dikategorikan sebagai mati syahid, pendapat yang diutarakan oleh Ustazah seorang sahabat semalam berdiskusi dengan seorang kakak yang bekas naqibah saya dulu.
Hii gopenghagen, nak tau kisah selanjutnya yang masih belum terjawabkan. Boleh ba kalau ko..!!! Kata orang tawau. Kasar sikit, kat Tawau itu bahasa yang biasa digunakan. Koman la ye..!! Sambung cerita "pengalaman semasa di kampus". Sampai mana tu hari...? Pesanan Rasulullah dalam khutbah terakhirnya... Di kampus ni lah juga kita akan mengenali pelbagai jenis dan ragam manusia yang datang dari pelusuk negeri. Ada yang dari Sabah, ada yang datang dari Sarawak tidak lupa juga pelajar yang datang dari semenanjung.
Lebih-lebih lagi, kami sekarang ni menuntut di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) satu kawasan yang kata orang terpencil daripada kesibukan bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Tapi sosialnya tidak kurang hebatnya. Malah arak menjadi air minuman seharian. Kena lagi Labuan in adalah pulau bebas cukai. Sekarang ni jak lah, kami mula menyedari sosial di sini sebab sebelum ni tidak nampak lagi dan tidak peka lagi dengan kedaan semasa. Baru dalam semua perkara. Tapi alhamdulillah, setelah melalui beberapa peringkat pendidikan dalam bergerak sebagai pendakwa, Allah buka peluang untuk kami mendalami ilmuNya dengan mudah.
Dari tadi sembang kosong tanpa dalil ja, macam mana orang boleh percaya apa yang kita sampaikan. Pernah dengar tak kata pujangga yang menjadi sindiran sinis kepada penulis, kata-kata yang boleh mendidik jiwa untuk menjadi lebih berani melontarkan pandangan iaitu "cakap tak serupa bikin" yang mana lebi kurang maksudnya, kita tidak boleh cakap kosong semasa menyampaikan sesuatu kena ada bukti yang kukuh dan sah untuk dijadikan hujah dalam berbicara. Pendakwa mesti mendalami ilmu ini sebagai bekalan di luar kelak. Ini lagi sedikit ilmu yang boleh dikongsi. Sebelum ni saya suka melontarkan idea yang ikut suka ja nak bagi. Asalkan terlintas di fikiran sesuai dikeluarkan juga kata-kata yang boleh menyakitkan hati malah siap marah lagi kalau kata-katanya tidak didengar.
Berkata-kata tanpa dalil adalah satu bencana pada diri. Sedikit peringatan daripada seorang sahabat, Kata-kata ni ibarat meminum ubat ketika sakit, apabila kita terlebih mengambil ubat ia boleh memudaratkan. Begitulah juga dengan kita dalam berkata-kata. Yang boleh memudaratkan diri sendiri kerana orang pertama diuji apabila ia yang menyampaikan sesuatu pesanan.
Sambunga lagi..... maf la ada keja nak siapkan.

No comments: