Followers

Akuarium Qu

Wednesday, January 28, 2009

"Australia is Oversea"


Australia merupakan sebuah negara orang putih yang berada di sebelah Tenggara Malaysia. Perjalanan 8 Jam ke Melboune mengajak penulis untuk berfikir Australia adalah negara bekas jajahan British dan berada di bawah naungan Negara-negara komenwel. Juga merupakan salah satu negara yang maju dari segi teknologi, pembangunan, perlancongan dan pendidikan. Adakah keistimewaan yang boleh dijadikan suri teladan bagi Malaysia, seterusnya agama Islam itu sendiri.

Baru-baru ini, seorang sahabat telah memberi cadangan untuk menceritakan pengalaman semasa berada di sana. Kebetulan pertama kali mengadakan lawatan ke luar negara, kami bersama teman-teman daripada Kampus Induk berpakat untuk memilih Australia sebagai destinasi untuk kunjungan kehormat ke universiti-universiti kali ini.


The University of Melboune

The Unitersity of Sdney


Pengalaman adalah guru yang paling baik untuk mengambil pengajaran. Kenangan manis tidak akan dapat dilupakan. Oleh itu izinkan penulis untuk bercerita serba sedikit tentang perjalanan program selama 8 hari itu. Jika sebelum ini penulis tidak pernah mengimpikan untuk ke luar negara, bulan Desember 2008 penulis telah mendapat penggilan telefon daripada pengarah program bahawa kami akan mengadakan program pengantarabangsaan yang ditujukan khas buat mantan-mantan pimpinan universiti. Di mana program ini sudah menjadi tradisi setiap pimpinan di universiti. Walaupun ramai pelajar yang menganggap kami pergi untuk melancong semata-mata.

Bukan niat penulis untuk menimbulkan kontroversi mengenai tujuan pimpinan pelajar pergi ke luar negara setiap pimpinan yang mereka pegang. Sebab sebelum ini, penulis pernah mendapat satu mesej dari seorang sahabat."Kenapa nak pergi..? Bukankah itu just menghabiskan duit pelajar lain, duit rakyat." Bagi mereka yang tidak memahami apa tujuan sebenar kami mengadakan program ini akan berkata sedemikian. Namun Islam mengajar penulis untuk sentiasa bersikap berlapang dada dan menerima segala tomahan. Teringat Firman ALlah, "Adakah seorang itu mengaku beriman sedang dia tidak diuji", (Surah Al-Ankabut:2). Ayat ini memberi semangat dan kekuatan kepada penulis untuk menjawab segala persoalan daripada teman-teman di sekeliling.

Sedikit perkongsian mengenai mehna dan tribulasi yang dihadapi sebelum pergi ke sana. Jom ke Australia...!!

Sebelum menceritakan pengalaman di sana, suka saya berkongsi beberapa perkataan yang baru saya temui dalam program tersebut. Di antaranya, "Have a good days" ini adalah perkataan pertama yang diajarkan oleh pemandu pelancong bernama Micheal. Keramahan Micheal membuatkan kami selesa berada bersama selama berada di Melboune, destinasi pertama menjejakkan kaki ke Australia. Melboune sangat menekankan mengenai masa, tidak hairanlah setiap kali kami sering ditekankan mengenai pengurusan masa.

Selain itu, Wah meletup..!!! Perkataan ini akan keluar daripada mulut peserta yang menyertai program ini. Dalam program selama 8 hari itu juga, saya belajar 6 bahasa dengan satu makna bahasa melayu iaitu terima kasih. Bahasa Melayu = Terima kasih, Bahasa Inggerish = Thank You, Bahasa cina = Toche, Bahasa India = Nandre, Bahasa Arabnya = Syukran, Bahasa Jepun = harigato, Hai... Bukan itu sahaja malah saya dapat mempelajari cara orang British bercakap dalam bahasa seharian iaitu Bahasa Inggerish. Malaysia terkenal dengan Bahasa Melayu manakala di australia menggunakan Bahasa Inggerish paten British sebagai bahasa perantara. Tidak terniat untuk mengaggungkan bahasa orang lain tapi sekadar peringatan akan kepentingan bahasa.

Ada banyak lagi yang tidak tersenarai. Kita beralih ke topik utama yang ingin saya kongsikan iaitu kehidupan muslim di sebuah negara yang bukan Islam. Sungguh agama yang Syumul adalah agama Islam. Islam ada di mana-mana, seluruh pelosok dunia. Berdasarkan pemerhatian yang sempat diteliti dan bertanya sendiri dengan pemandu pelancong bahawa "Here also have a muslim's, i'am right...? saya bertanya dengan Micheal. "Yes, of course..". Lihat dengan mata sendiri kehidupan muslim di sana tidak ramai berbanding di Malaysia, dan berada dalam keadaan yang sederhana. Maksudnya di sini, hanya sebilangan kecil mereka yang mengamalkan Islam sepenuhnya. Namun, itu bukan penghalang bagi mereka tidak menganuti Islam di negara yang bukan negara Islam.

Respon daripada seorng pelajar malaysia di QeenslandUniversiti, Brisbane, kebanyakan pelajar yang belajar di luar negara ni adalah di kalangan mereka yang bijak pandai, pengajian ditaja sepenuhnya oleh sponsership kat Malaysia. Mereka ni di kalangan mereka yang bijak pandai, penguasaan terhadap bahasa inggerish tak payah nak cerita, Wah meletup..!!! Tapi melayu tidak kan hillang di dunia. Kami disambut dengan besar tapak tangan niru kami tadahkan. Sesiapa sahaja pelajar dari Malaysia belajar di sana kami temui dengan senyuman. Alangkah indahnya akhlak yang dipaparkan oleh mereka.


Alhamdulillah program itu telah memberi banyak kesedaran dalam diri penulis. Banyak sehingga ia mampu memberi satu titik permulaan untuk mara ke hadapan. Teman-teman sedia maklum bahawa penulis juga di kalangan mereka yang cetek ilmu, sekurang-kurangnya lawatan sambil belajar yang disertainya ini memberi manfaat untuk menempuhi hidup sebagai seorang anak, pelajar, kakak, makcik, ibu dan seterusnya muslimah profesional. Ameeennnn....!!!



Perkongsian gambar menarik,

Koala yang terdapat di Wedlife, Sdney.

6 comments:

Anonymous said...

salam ziarah...australia..ramai ikhwah yang ana jumpa katakan bahawa mereka dilanggar hidayah dibumi kanggaru itu..menjumpai dan memahami risalah di situ..dan insyaAllah ana juga akan kesana=]

NurSyahadah said...

Salam ziarah juga, erm...

Mungkin ada kebenarannya, tanpa kita sedari bahawa ia boleh berlaku dengan sekelip mata.

Kini usia bukan di kalangan kanak-kanak kerana telah meningkat remaja. Juga menghampiri dunia kedewasaan. Pandai2 hidup di negara orang. Even Malaysia pun hampir menyerupainya, inikan pula nak berada di sana untuk selama-lamnya. Namun, teguh iman kerana Allah.

Jaga diri ketika berada di sana nanti. dalam bi, Take care..!!

Syukran Jazilan...

Apapun, wallahualam..

Hafiz said...

"Malaysia terkenal dengan Bahasa Melayu manakala di australia menggunakan Bahasa Inggerish paten British sebagai bahasa perantara. Tidak terniat untuk mengaggungkan bahasa orang lain tapi sekadar peringatan akan kepentingan bahasa."..maaf ..pembetulan..australia memang menggunakan english sbg bhs pengantar...ttp, bukan paten/slank british...but Aussie english...

NurSyahadah said...

Syukran jazilan atas pembetulan..

apa pn just sbgi luahan hati.

....:)

NurSyahadah said...

Boleh tak nak share sikit...

Napa orang timur kurang berminat ke negara barat..?

Hafiz said...

orang timur kurang berminat kebarat? kalau timur tengah itu, saya katakan ya...tapi if timur asia macam2 kiter2 ni, kita boleh refer statistik berapa ramai org asia(timur) yang memasuki megara2 barat or europe...terlalu banyk....