Followers

Akuarium Qu

Wednesday, February 25, 2009

Mujahidah Sejati


Wahai wanita engkaulah perhiasan dunia. Hiasi peribadi dengan akhlak mulia. Nescaya ramai akan menghormati mu.

3 comments:

NurSyahadah said...

Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

“Di antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah.
Adapun yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi keraguan (y disusuli usul periksa),
sedangkan yang dibenci Allah ialah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi (cemburu buta).”


"Tiada kehasadan yang dibolehkan melainkan dalam dua macam perkara, iaitu:
seseorang yang dikurniakn oleh Allah akan harta,
kemudian ia mempergunakannya dan menafkahkannya
untuk apa-apa yang hak dan kebenaran,
dan seseorang yang dikurnia oleh Allah akan ilmu pengetahuan,
kemudian ia memberikan keputusan dengan ilmunya itu antara dua orang atau dua golongan yang berselisih serta mengajarkannya pula."

NurSyahadah said...

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

NurSyahadah said...

warkah buat hawa

Hawa.....
> Andai engkau belum berkahwin,jangan
kau risau akan jodohmu,ingatlah
hawa,janji Tuhan kita,wanita yang baik
adalah untuk lelaki yang baik.Jangan
dimulakan sebuah pertemuan dengan
lelaki yang bukan muhrim kerana aku
khuatir dari mata jatuh ke hati,maka
lahirnya senyuman maka tercetusnya
salam dan sekaligus disusuli dengan
pertemuan seterusnya dan takut
lahirnya nafsu kejahatan yang
menguasai diri.
Hawa.....
> Lelaki yang baik tida melihat paras
rupa,lelaki yang soleh tidak memilih
wanita melalui keseksiannya,lelaki
yang warak tidak menilai wanita
melalui keayuannya,kemanjaannya,serta
kemampuannya menggoncang iman
lelaki.Tetapi,lelaki yang baik akan
menilai wanita melalui
akhlaknya,peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.
> Lelaki yang baik juga tidak
menginginkan pertemuan dengan wanita
yang bukan muhrimnya kerana dia takut
memberi kesempatan kepada syaitan
untuk menggodanya.Lelaki yang warak
juga tidak mahu bermain cinta kerana
dia tahu apa matlamat dalam sebuah
pertemuan lelaki dan wanita yakni
sebuah perkahwinan....
> Oleh itu hawa,jagalah
pandanganmu,awasilah
auratmu,peliharalah
akhlakmu,kuatkanlah pendirianmu.Andai
ditakdirkan tiada cinta dariapada Adam
untukmu,cukuplah hanya cinta Allah
yang memenuhi dan menyinari kekosongan
jiwamu,biarlah cinta ibu bapamu yang
memberi hangat kebahagian buat
dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-
beradik serta keluarga yang
membahagiakanmu.....Cintailah Allah
dikala susah dan senang kerana kau
akan memperolehi cinta daripada insan
yang juga mencintai Allah.Cintailah
ibu bapamu kerana kau akan perolehi
keredhaan Allah.Cintailah keluargamu
kerana kau tidak akan jumpa cinta
manusia yang lebih bahagia selain dari
cinta keluarga......
> JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG
MENGGONCANG DUNIA JUGA YANG
MENGGONCANG IMAN LELAKI....