Followers

Akuarium Qu

Monday, February 16, 2009

PEREMPUAN YG BAIK


Perempuan yang baik,
Mendamaikan hati yang memandang,
Menyejukkan sanubari yang berdekatan,
Mendekatkan jiwa hamba pada tuhan,
akhlaknya indah,
imannya terserlah.

Martabatnya ditinggikan ALLAH ,
auratnya untuk suami sang pejuang,
cinta kasihnya pada lelaki halal yang
bermaruah,

kitalah yang bernama perempuan,
lahir kerana RAHMAT-NYA,
hidup kerana CINTA-NYA,
mati dalam REDHA-NYA.


Wanita ibarat bunga... Cantik
indahnya pada pandangan mata
hanya sementara... yang kekal
menjadi pujaan Manusia hanyalah
wanita yang mulia akhlaknya..kerana
akhlaq itu umpama bunga diri..

Tiada guna berwajah cantik tetapi
akhlak buruk.. tiada guna juga
berwajah cantik tetapi hati kosong
dari ilmu...

Ibarat bunga..
Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya..
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati,
ternyata amat tinggi nilainya....

2 comments:

murwalqiahaju said...

salam....
insya'allah...
moga2 kita b'ada dlm golongan itu...
amin......

NurSyahadah said...

Wksalam..
amin.....