Followers

Akuarium Qu

Sunday, February 1, 2009

Sahabat sejati OR Sahabat sebati...

"Pelik tapi benar...!!!"

Kisah benar ini menceritakan berkenaan 2 keadaan. Pertama, Sahabat sejati. Kedua, Sahabat sebati.

Sahabat sejati merupakan seorang sahabat yang mempunyai semangat setia kawan yang erat sehingga makan, minum, tido tidak tenang apabila berjauhan dengan dia. Diri ini pernah bertanya, pernahkah saya mempunyai sahabat sejati seperti yang dibayangkan tadi..? Oh rupanya tiada. Perkara ini baru disedari apabila berada di bangku sekolah dulu. Alangkah malangnya nasip diri.

Sahabat sebati merupakan seorang sahabat yang mempunyai semangat setia kawan cuma bezanya mereka rela berjauhan daripada bersama. Bila bersama selalu sahaja bermasam masam. Tak ke benggang buat macam tu. Tapi bila dah berjauhan boleh pula dicari, bertanya khabar, pas tu cakap,"Rindu la kat awak..!" Ya ke..? Atau saja-saja buat rindu.

Itu la sedikit perbezaan yang ada pada Sahabat sejati dan Sahabat sebati. Sekiranya ada komen, atau pendapat sendiri, boleh la beri komen di tempat yang sediakan. Terima kasih.

Harap usaha kecil ini mampu membantu untuk mencari sahabat yang bagaimana kita inginkan..


Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sempuran RASULULLAH S.A.W.

Begiti juga dengan kita, tak guna ada mata kalau tak dapat melihat,

Tak guna ada hati kalau tak tau menilai....

(Nursyahadah_86)



6 comments:

akhialgebra said...

ana mimpikan seorang teman yang apabila terpandangkan wajahnya, ana teringatkan Tuhan, apabila mendengar kalamnya, maka bertambah pengetahuan tentang Islam, dan apabila melihat tingkah lakunya, membuatkan ana teringatkan mati..

NurSyahadah said...

Salam...
Terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi Algebra...

InsyaALlah Allah sudah tetapkan qada n qadar kita. Jika kita mengimpikan sahabat yang sedemikian, kita kena mulakan nya dahulu..

Namun klu sekadar angan-angan sahaja ia tidak akan terlaksana. Sama juga dengan kita mengharapkan orang baik jadi sahabat baik kita.

penulis mendoakan agar bertemu sahabat yang diimpikan

NurSyahadah said...

Semua inginkan teman, sahabat n kawan...

Mana yang anda pilih..?

NurSyahadah said...

Algebra nak tau tak..

Penulis suka cari masalah dengan sahabat. Selalu buat falsafah sendiri. Ramai juga yang tidak puas hati.Tau tak knp boleh berlaku..?

Napa eh..?

akhialgebra said...

hmmm..kita memang tidak boleh nak buat semua orang puas hati dgn kita..Rasulullah sendiri pun dikeji dan dihina,namun apa yang Rasulullah buat adalah terus dan terus menunjukkan contoh teladan yang baik dan menagambarkan akhlak yang baik dan akhirnya, ramai yang terpikat..

kita mungkin tidak boleh nak buat semua gembira, tpi kita tetap boleh berusaha..tapi kalo ana boleh tau, falsafah jenis yang macam mana saudari selalu buat ye?
satu saranan dari ana, jika falsafah saudari bersifat menegur semata2 menegakkan yang haq, maka teruskan NAMUN, perlu sentiasa berhikmah.. dan banyakkan berdoa agar disayangi sahabat...
sayangkan mereka adalah dengan cara mengajak mereka mengenal Tuhan..itulah tanda kita syangkan mereka...

NurSyahadah said...

Betullah....

hehe.. Penulis suka buat keputusan sendiri, seka bertindak tanpa berfikir kesannya.

Tapi itu dlu, selepas seorg kwn nasihat, barulah penulis sedar bahawa kita hidup tidak boleh berseorangan. Kena ada kawan.

Apapun terima kasih sekali lagi algebra, kerana sudi berkongsi pendapat.