Followers

Akuarium Qu

Tuesday, February 17, 2009

Solat Tiang Agama

Ya ALLAH, Kau campakkanlah hidayah dalam hati teman-temanku ini

"Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita tegakkan ag

ama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?"

hadis ini dipetik dari link di atas.

sebenarnya dah lama aku nak menulis pasal ni. Bukan nak menulis

tazkirah tentang kelebihan bersolat atau apa, cuma nak menyuarakan ketidakpuasan hati aku.

Dulu-dulu, dulu lahkan, aku ingat semua orang ni baik-baik je, walau free hair walau pakai tudung semuanya solat. Hmmm…kiranya dulu aku ni bersangka baik dengan semua kawan-kawan aku. Aku ambil mudah je, ingatkan semua orang ni solat kecualilah yang memang gila-gila punya social. Cthnya yang jenis clubbing ke, malam-malam minggu tidur kat hotel ke(boleh teka apa maksud aku), yang ni aku boleh accept kalau diorang tak solat sebab memang lifestyle diorang tu ntahpape, tapi kalo yang baik semacam je (luarannya) pun ramai gak yang tak solat. Kalau orang lelaki yang s kip Jumaat tu…hehehe aku tau mmg ramai pun.

Masa aku kerja waktu cuti 2 bulan tahun lepas, barulah aku realize rupa-rupanya ramai orang di sekeliling aku tak solat.Even yang bertudung pun tak solat, free hair apatah lagi. opss! aku tak kata orang free hair tu tak solat, tapi ada sebahagian dari mereka yang tak solat. Yang bertudung pun, ada yang tak solat. Ramai je. Then tudung tu pakai untuk apa? Tutup aurat? Tapi solat tak? Eh ini dah salah konsep, tiang tak sempurna lagi macam mana nak letak dinding, atap dan lain-lain?Astaghfirullahalazim. Bukan aku nak tuduh sesiapa, tapi itu kenyataan. Malah ada yang mengaku dia tahu kiblat kat rumah walau pun dia tak sol at! Gulp! (Dipetik dar sebuah blog sahabat)

"Sebaik-baik perintah Allah adalah menunaikan solat. Maka dirikanlah solat agar jiwa mu tenang."



No comments: