Followers

Akuarium Qu

Sunday, March 8, 2009

Nur Selawat-Rasulullah s.a.w Pemimpin Agong




Definisi Kepimpinan

Kepimpinan merupakan satu ’seni’ yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia ke arah jangka panjang, yang betul-betul merupakan kepentingan mereka yang terbaik. Arah tersebut boleh bersifat umum, seperti penyebaran Islam ke seluruh dunia, atau khusus seperti mengadakan conference atau persidangan mengenai isu tertentu. Walaubagaimanapun, cara dan hasilnya haruslah memenuhi kepentingan terbaik orang-orang yang terlibat dalam pengertian jangka panjang yang nyata. Kepimpinan adalah suatu peranan dan juga merupakan suatu proses untuk mempengaruhi orang lain. Pemimpin adalah anggota dari suatu perkumpulan yang diberi kedudukan tertentu dan diharapkan dapat bertindak sesuai dengan kedudukannya. Seorang pemimpin adalah juga seseorang dalam suatu kumpulan yang diharapkan menggunakan pengaruhnya dalam mewujudkan dan mencapai tujuan kelompok. Pemimpin yang jujur ialah seorang yang memimpin dan bukan seorang yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin.








Ciri-Ciri Pemimpin Islam

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa pemimpin suatu kelompok adalah pelayan kelompok tersebut. Oleh kerana itu, pemimpin hendaklah melayani dan menolong orang lain untuk maju. Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

  1. Setia Pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah.
  2. Tujuan Pemimpin melihat tujuan organisasi bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.
  3. Berpegang pada Syariat dan Akhlak Islam. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan golongan oposisi atau orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.
  4. Pembawa Amanah. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Qur’an memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya sebagaimana Firman Allah SWT:

“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

(http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1433)


Rasulullah s.a.w pemimpin agung dan patut menjadi ikutan buat kita semua yang bergelar pemimpin tidak pada orang lain untuk memimpin diri sendiri.


4 comments:

Anonymous said...

Salam Mulidur Rasul....selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad.

NurSyahadah said...

salam maulidurasul juga...
semoga kita merasakan baginda ada bersama.....

NurSyahadah said...

PERTAMA: tahajud, kerana kemuliaan
seorang mukmin terletak pada tahajudnya.
KEDUA: membaca Al-Qur'an sebelum terbit
matahari.
KETIGA: jangan tinggalkan masjid
terutama di waktu subuh.
KEEMPAT: jaga solat dhuha, kerana kunci
rezeki terletak pada solat dhuha.
KELIMA: jaga sedekah setiap hari.
KEENAM: jaga wudhu terus menerus kerana
Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
KETUJUH: amalkan istighfar setiap saat.

NurSyahadah said...

di atas ini ada 7 sunnah Rasulullah yang digalakkan bagi setiapindividu muslim