Followers

Akuarium Qu

Wednesday, April 15, 2009

Kuasa Solat Istikharah

Praktikal kat mana sem ni...? Tanya seorang kawan mengenai tempat praktikal saya. Dalam delema ba. Ada dapat dua tempat, Felda Umas Tawau dan Pejabat Mufti, Labuan. Nak pilih yang mana satu ni..? Takut salah pilih badan yang merana. Ya Allah berikan aku petunjuk..!! Ahhhhhhh.

Cam mn nk pilih ya,..? InsyaAllah Allah akan bantu kita kalau kita bantu Dia. Ingatlah pesan ustazah bahawa jika kamu ingat Allah, nescaya Allah akan ingat kamu.(Surah Al-Baqarah:125). Mak pun selalu pesan, kalau kita mau senang dunia dan akhirat perlu diiringi dengan Allah, ke mana sahaja berada, apa sahaja yang kita alami, walau apa jua keadaan sekalipun. Letakkan Allah paling utama dari yang lainnya.

Pening juga mau fikir nak praktikal kat mana. Itulah perasaan yang penulis alami sepanjang April ni. Kena lagi tak lama exam. Sekarang da berada di tahun akhir, InsyaALLAH. 3 Tahun pengajian macam sekejap sahaja berada di alam persekolahan. Pejam celik pejam celik, tup. Habis sudah. Wahai sahabat-sahabat, ku memerlukan sokongan semua untuk menghabiskan saat-saat terakhir bersama. Walaupun sebelum ini ada sejarah hidup, pengalaman manis yang amat menyedihkan tapi biarlah ia menjadi kenangan dalam kamus hidup ini.

Risau juga rumah tak dapat lagi, fikir pasal duit belanja sepanjang praktikal nanti. Tapi saya yakin rezeki Allah ada di mana-mana yang penting kita kena tahu itu adalah qada dan qadar Allah pada hambanya. Namun kena diiringi dengan usaha. Ingat lagi dalam Jejak Siswa Intelek, Program Nadwah Kepimpinan Program Adik Angkat PMR & SPM dan Program Persatuan Siswazah, sering saya ingatkan kepada adik-adik bahawa lekat kat dinding "DUIT" iaitu D=Doa, U=Usaha, I=Istiqamah, dan T=Tawakal.

Takawal atau konsep kebergantungan dengan Allah, sejauh mana kita meletakkan Illah sebagai yang utama. Allah tempat perlindungan dan tempat meminta segala-galanya. Namun berapa ramai umat Islam hari ini menjadikan Allah sebagai tempat mengadu...? Simpan jawapan bagi soalan ini. Itulah kita digalakkan menunaikan solat Istikharah sebelum membuat sesuatu keputusan. Tidak semestinya solat Istikharah ini untuk meminta petunjuk ditemukan jodoh. Tapi ia memudahkan untuk kita dalam membuat keputusan.

“Selepas melakukan solat istikharah, gerak hati saya terarah untuk menerima tawaran biasiswa Bank Negara Malaysia dan saya yakin ia adalah keputusan tepat,” kata pelajar cemerlang yang memperoleh 20A termasuk satu A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal." (Berita Harian)

Ini adalah kuasa solat Istikharah. Minta petunjuk dari Allah. Alhamdulillah nasihat daripada teman-teman, sahabat-sahabiyah, akhirnya saya buat keputusan yang muktamad bahawa saya akan praktikal di....................(Biarlah rahsia).

Sedikit perkongsian yang simple tapi boleh memberi impak yang besar kepada mereka yang ingin berjaya. Terima kasih Allah, syukur keatas segala nikmat yang Engkau berikan. Bimbinglah hati ini, untuk menjadi yang lebih baik dari yang semalam.

Sebelum mengakhiri post kali ini, saya menyusun 10 jari, mohon maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut kepada semua. Halalkan makan dan minum, maaf andai ada terkasar dan tersilap bahasa. Minta Ampun juga kepada Allah yang mengatur kehidupan kita sehari-harian.

1 comment:

NurSyahadah said...

Doa Rabitah

Ya Allah,Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu. Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakkal kepadaMu. Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu. Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.