Followers

Akuarium Qu

Thursday, April 9, 2009

Minda Pembaharuan vs Pembaharuan Minda

Minda kelas pertama adalah tonggak kemajuan ummah. Siapa kita untuk berkata mengenai kemajuan ummah jika aspek yang lain seperti dakwah kita tinggalkan. Walhal itu adalah kunci kepada kemajuan ummah yang telah diperjuangkan oleh Rasulullah suatu ketika dahulu.

Pemimpin Indonesia mengatakan bahawa pemimpin tidak lahir jika hanya dalam bilik-bilik kuliah, kerana keadan sekeliling seperti tekanan menyebabkan banyak pemimpin yang berpikiran minda kelas pertama dapat dikenalpasti.

Bagaimana kita melahirkan pemikiran minda kelas pertama...? Adakah cukup dengan hanya tertumpu kepada akademik..? Semestinya tidak.

"Minda pembaharuan vs Pembaharuan Minda." Kedua-dua konsep ini adalah berbeza dari sudut makna dan pendefinisiannya. Menurut pendapat peribadi "Minda Pembaharuan" adalah merujuk kepada sebuah pemikiran yang fokus kepada evolusi atau pembaharuan secara perlahan-lahan. Manakala "Pembaharuan Minda" merujuk kepada perubahan mentaliti daripada pemikiran yang lama kepada pemikiran yang lebih maju.

Konsep yang mana satu mempunyai perkaitan Minda Pembaharuan vs Pembaharuan Minda dengan Minda Tajdid. Setujuhkah anda kiranya Kedua-dua konsep tersebut adalah sama..? Pemikiran yang menjurus kepada pembaharuan lebih cenderung kepada perubahan berbanding perubahan pemikiran yang sukar untuk dinilai. Namun kita memerlukan mahasiswa yang berfikiran lebih global atau dalam akronimnya GLOKAL atau berfikiran secara global.

Mahasiswa seharusnya bijak dalam membaca keadaan semasa. Keadaan politik masa kini menyebabkan kepada perubahan pemikiran. Mahasiswa semakin bijak dalam mentafsir dan membaca keadaan tersebut. Namun tidak semua yang menguasai tahap pemikiran pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Najib dan Tuan guru Nik Aziz sendiri selaku barisan pimpinan yang disegani di Malaysia.

Penulis bukanlah seorang yang mempunyai tahap pemikiran seperti mereka. Namun ingin mencanag minda agar lebih berfikiran terbuka, realistik, dan bukan emaginasi semata-mata.

"Minda pembaharuan Vs Pembaharuan Minda"

No comments: