Followers

Akuarium Qu

Saturday, May 9, 2009

SAHABAT = "Kenangan Bersama mu"


Sahabat

Kau adalah cahaya yang menyinari hidupku

Kau adalah permata yang sukar kucari selama hidupku

Kau adalah pelangi yang membuatku tersenyum mengenangkan hidupku


Sahabat

Sukar kucari ganti insan sepertimu..

Walau kita pernah berselisih pendapat

Walau kita pernah menangis bersama

Kau menangis kerana sikapku yang lemah

Kau menangis kerana aku yang menyakiti hatimu

Namaun hatimu sungguh mulia


Sahabat

Kau mendengar setiap rintihan aku

Kau mendengar setip bait cerita yang aku ceritakan

Kau ubati aku waktu aku kesedihan


Sahabat

Kita sama-sama sedih bila kita susah

Kita sama-sama gembira bila kita senang

Kau tidak pernah ketawakan bila aku kesedihan

Kau tidak pernah menyakiti hatiku dengan kata-kata sindiran

Kita selalu bersama-sama mendengar nasihat dan peringatan

Kau tidak akan menolak bila aku mengajak untuk mendengar nasihat dan peringatan itu


Sahabat

Ingatkah dikau waktu aku kesusahan?

Kau sanggup menemaniku walau cuaca tidak mengizinkan

kau sanggup bersamaku walau ia mustahil kita lakukan pada waktu itu


Sahabat

Kenapa kita tidak belajar di suatu tempat yang sama?

Satu misi?

Satu bidang?

Satu universiti?


Sahabat

Kadang-kadang kuterfikir

Bijak dalam pelajaran belum menentukan kecantikan akhlak seseorang

Bijak dalam pelajaran belum menentukan kita disukai ramai

Bijak dalam pelajaran belum menentukan kita berjaya dalam hidup

Bijak dalam pelajaran belum menentukan kita akan mempunyai kedamaian dan ketenangan


Sahabat

Walau kau hanya insan biasa

bukan anak menteri

bukan anak seorang berjawatan tinggi

bukan anak seorang jutawan

juga bukan seorang peragawati

Namun.bagiku kau adalah seuntai mutiara

yang sentiasa hidup dengan tenang di sanubariku

Aku tidak akan lupakan segala kenagan kita sewaktu bersama

Aku sangat merindui kenangan kita dulu


No comments: