Followers

Akuarium Qu

Tuesday, September 15, 2009

ADAB-ADAB BERDOA

Di dalam kitab Ihya' Ulumiddin, Al-Hujjah Al-Imam AL-Ghazali r.h. berkata, adab berdoa itu ada sepuluh iaitu;

1) Tunggu pada waktu yang mulia seperti hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat waktu sahur dan sebagainya
2) Memilih keadaan yang mulia se[erti ketika sujud, di medan jihad, turun hujan dan sebagainya.
3) Menghadap Qiblat
4) Imbangkan suara, jangan terlalu kuat.
5) Jangan bersajak ketika berdoa, maksudnya jangan melampau-lampau dalam susunan kata.
6) Merendah diri, khusyuk dan menyimpan perasaan takut
7) Bersungguh-sungguh dan yakin doa diqabulkan.
8) Serius ketika berdoa, dan terbaik diulang-ulang sebanyak tiga kali
9) Mulakan doa dengan menyebut nama ALlah s.w.t
10) Paling oenting hendaklah bertaubat, kembalikan barang yang sizalimi dan kembalilah kepada Allah s.w.t

No comments: