Followers

Akuarium Qu

Thursday, November 5, 2009

Gagah untuk melangkah..

Takbir..!!! Laungan para mujahid dan mujahidah pejuang agama... Bagaimana mereka boleh berperang, berlumuran darah sedang kita masih tidur tanpa sedarkan diri. Masa mampu mempunuh apabila kita lambat untuk bertindak. Ayuhlah para mujahid dan mujahidah kita sebagai pembela kepada agama perlu gagah untuk melangkah.
...Tup...
Sempat lagi menulis kata-kata seorang mujahid yang bersemangat kental untuk berkata tentang agama. Malangnya masih ramai menafikah ketaulihaan Ustz Asri Hassan, baru-baru ini. Beliau telah didakwa menyampaikan ceramah tanpa sah tauliah. Adakah hak kita untuk menyatakan seseorang berceramah hanya perlu pentaulihaan dari mana-mana pihak tertentu. Atau.. Sebaliknya.
Pandangan ana dari sudut kefahaman dan ilmu yang dipelajari, menyampaikan ceramah bukan sahaja di kanangan golongan sufi. Tidak semua ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang ada kini wajib untuk menyampaikan ceramah. Walaupun kita mengetahui bahawa seseoang yang berilmu perlu menyampaikan ilmunya kepada masyarakat sekeliling. Sabda Rasulullah, Sampaikanlah walau sepotong ayat.
Sabda Rasulullah ini menerangkan bahawa bukan sahaja ustaz yang menyampaikan ceramah malah mereka yang berkemampuan untuk menyampaikan ilmu, diberi galakan untuk berkongsi ilmu. Walaupun sedikit yang penting bermanfaat untuk kegunaan bersama. Kerana orang berilmu tetapi tidak menyampaikannya kepada orang maka ilmu tersebut akan membinasakan dirinya, berbanding orang yang ingin menuntut ilmu, berkongsi ilmu dengan orang lain, dan menggunakkan ilmu tersebut ke arah kebaikkan maka ilmu yang dpelajari mampu membimbingnya ke syurga. InsyaAllah..!!!
Gagah untuk melangkah. kita perlu gagah untuk terus berpijak di bumi Allah. Walau dicaci dihina namun sifat tegar yang ada dalam diri mampu membimbing ke arah yang lebih baik.
Kalau entry sebelumnya ana berkongsi mengenai perasaan sedih dan cuba untuk bersikap tidak bergantung dengan orang lain. Kali ini ana membawakan posting Gagah untuk melangkah. Diharap perkongsian kali ini mampu membantu untuk kita memahami serba sedikit mengenai pengetahuan tentang agama. Ana bukanlah orang yang layak untuk berkata bab agama, namun jika bukan kita yang mulakan siapa lagi. Pegang prinsip, Kita orang Islam perlu saling ingat memperingati.
....wallahualam....

No comments: