Followers

Akuarium Qu

Monday, December 21, 2009

kudrat yang ada



(",)

Oh Tuhan seandainya Engkau mengerti apa yang ku rasakan, mungkin daun akan berteriak kesakitan apabila ia dipukul angin, demikian diri ku yang semakin dihambat kelemahan Iman.

Rupa-rupanya saya tidak sendirian, semalam Program Review Nisa Tawau membuka mata kami semua, di Tawau masih banyak gerak kerja yang terlaksana walupun telah disenaraikan beberapa program yang dilaksanakan tahun ini. Namun itu masih tidak cukup untuk kita banggakan kerana usaha kecil itu tidak akan dipandang jika bukan dengan hati yang ikhlas.

Berhempas pulas menjalankan tugas masih tidak dihargai.. itulah keluhan beberapa orang sahabat yang berusaha untuk menjayakan program Review Nisa, tapi pada pandangan saya sambutan program amat memberangsangkan apabila kehadiran 50 orang Nisa Tawau ke program tersebut.

Kesuntukan masa bukan penghalang bagi kita, Review Nisa kali ini di adakan di Bilik Diraja, Masjid AL-khautsar, Tawau pukul 8 pagi dan selesai pada pukul 1 petang dapat memberi impak yang besar kepada diri individu yang hadir. Diharap sumbang saran yang diberikan dapat membantu untuk memperbaiki potensi Nisa Tawau pada tahun hadapan.

"Nisa Penghubung Generasi Muda" amat cantik moto yang dibawakan oleh Nisa Malaysia. Ia bertujuan untuk menggerakkan tenaga muslimah berumur 15-40 Tahun agar terus bergiat aktif untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di samping usaha memantapkan jati diri di kalangan ahli.

Mohon maaf kepada semua sahabat kerana saya tidak dapat memberikan tenaga sepenuhnya dalam menjayakan program ini, walaupun bukan orang penting dalam Nisa Tawau tapi saya merasakan siapa pun kita perlu ada rasa tanggungjawab untuk menggerakkan Nisa.

Sekian wasalam...


No comments: