Followers

Akuarium Qu

Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu...



Engkau yang menyapeku


Ibu engkaulah ratu hati ku


Ku ingin menjadi seperti mu.

Saturday, May 9, 2009

SAHABAT = "Kenangan Bersama mu"


Sahabat

Kau adalah cahaya yang menyinari hidupku

Kau adalah permata yang sukar kucari selama hidupku

Kau adalah pelangi yang membuatku tersenyum mengenangkan hidupku


Sahabat

Sukar kucari ganti insan sepertimu..

Walau kita pernah berselisih pendapat

Walau kita pernah menangis bersama

Kau menangis kerana sikapku yang lemah

Kau menangis kerana aku yang menyakiti hatimu

Namaun hatimu sungguh mulia


Sahabat

Kau mendengar setiap rintihan aku

Kau mendengar setip bait cerita yang aku ceritakan

Kau ubati aku waktu aku kesedihan


Sahabat

Kita sama-sama sedih bila kita susah

Kita sama-sama gembira bila kita senang

Kau tidak pernah ketawakan bila aku kesedihan

Kau tidak pernah menyakiti hatiku dengan kata-kata sindiran

Kita selalu bersama-sama mendengar nasihat dan peringatan

Kau tidak akan menolak bila aku mengajak untuk mendengar nasihat dan peringatan itu


Sahabat

Ingatkah dikau waktu aku kesusahan?

Kau sanggup menemaniku walau cuaca tidak mengizinkan

kau sanggup bersamaku walau ia mustahil kita lakukan pada waktu itu


Sahabat

Kenapa kita tidak belajar di suatu tempat yang sama?

Satu misi?

Satu bidang?

Satu universiti?


Sahabat

Kadang-kadang kuterfikir

Bijak dalam pelajaran belum menentukan kecantikan akhlak seseorang

Bijak dalam pelajaran belum menentukan kita disukai ramai

Bijak dalam pelajaran belum menentukan kita berjaya dalam hidup

Bijak dalam pelajaran belum menentukan kita akan mempunyai kedamaian dan ketenangan


Sahabat

Walau kau hanya insan biasa

bukan anak menteri

bukan anak seorang berjawatan tinggi

bukan anak seorang jutawan

juga bukan seorang peragawati

Namun.bagiku kau adalah seuntai mutiara

yang sentiasa hidup dengan tenang di sanubariku

Aku tidak akan lupakan segala kenagan kita sewaktu bersama

Aku sangat merindui kenangan kita dulu


Friday, May 8, 2009

Ayah dan Ibu menanti kepulangan ku


Oh sayu rasanya, tinggal beberapa bulan sahaja tinggal di Labuan. Bumi tempat aku menuntut ilmu dan menjadi "seseorang".

Bagaimana rasanya apabila seseorang yang pernah kita kenali, tiba-tiba berada jauh dari pandangan. Oh sedihnya..!! Adik kenapa perlu ada perpisahan.

Sungguh hati ini terasa hiba mendengar cerita sedih dari sahabat-sahabat yang sibuk hendak balik ke kampung halaman.

Aku adalah aku, tapi Engkau yang mengubah segalanya.

Kepada sahabat-sahabiyah yang menjadi pendokong kepada perjuangan insan yang kerdil ini semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kalian.

Oh tidak..!!! Dunia hanya pinjaman.

Hidup di tengah-tengah pembangunan ummah.

Oh inikah dugaan seorang pejuang...?

Akhi dan Ukhti UMSKAL, jadikan pengalaman lepas sebagai teman untuk hari esok. Semoga Allah membantu setiap gerak kerja yang antumna lakukan. Apapun Lillahi Ta'ala.

Terima kasih atas segalanya, apapun aku bersyukur, dengan segala nikmat yang Allah kurniakan hari ini.

Coretan ini khas mereka yang mengenali, memahami, dan cuba mengetahui siapa dirinya sendiri.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Namun, Jauh Di Mata Dekat Di hati.
Sejambak Budi Setulus Kasih.
Lagu "Beramal kerana Allah" sebagai kata semangat.
Mantapkan Ilmu.

Balik..!! Balik..!! Berjuang di bumi kelahiran. Di mana bumi di pijak di situ lanagit di jinjing.

Oh ayah dan ibu nantikan kepulangan anakmu..!!!

Thursday, May 7, 2009

KFC n RFC

Wah sedapnya makan KFC. Nak lagi. Rice Spicy RM9.70 satu set. Mahal juga ya. Tapi ndak pa sedap. Itu yang pasti. Inilah stetment kanak-kanak yang suka makan KFC. Katanya sedap. Walaupun mahal itu bukan menjadi halangan untuk dia memilikinya. Tapi adik kena ingat walaupun halal tapi ia produk keluaran mana..? Israel. Takkan nak bersekongkol beli barangan buatan diorang. Kasian saudara kita di palastin.

Cuba cari dan rasakan sendiri kehebatan produk HPA, RFC yang menjadi alternatif untuk KFC. Kita boikot-boikot kena ada alternatif. Kalau tidak sapa yang mau makan ayam nanti. Sayang ayam mati sendiri.

KFC n RFC mana lebih memberi keuntungan..? Anda yang bijak menilai. Produk Islam.

Wednesday, May 6, 2009

Ujian Tidak Mengenal Siapa..!!

"...AllahuRobbunah....SubhanaAllah...Alhamdulillah....Allahuakbar... "


Ini sahaja yang mampu dizikirkan dalam hati. Tujuannya adalah untuk memperingati pencipta kita. Adakah kita mengingatinya sentiasa. Penulis sendiri tidak mampu berdiri tanpa bantuannya. Benar kata sahabat ujian tidak mengenal siapa. Allah bagi kita peluang untuk menikmati segala kurniaannya. Namun, Surah Al-Rahman:13 "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan". Ayat ini Allah menegaskan bahawa hendaklah kamu menjaga segala nikmat yang dikurniakanNya bagi menjamin kesejahteraan hidup di bumi yang gersang ini.

Masih dibuai mimpi yang indah..!!
Bangkitlah wahai umat Islam, kini dirimu semakin ditindas. Dengan sekelip mata kita mudah terleka dengan nikmat dunia, masih ramai yang leka dengan pencapaian yang dimiliki. Kepimpinan melalui teladan. Ujian mereka lebih dasyat berbanding mereka yang hanya menurut perintah seperti orang kebanyakan. Tanggungjawab sebagai pemimpin adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan segera kerana mereka yang menjadi cermin kepada masyarakat.

Begitu juga tanggungjawab kepada diri sendiri. Manusia boleh semangat dengan tazkirah (peringatan). Manusia boleh lemas dengan Kritikan. Manusia boleh hilang arah dengan ujian. Manakah lebih membimbing manusia. Orang yang bermotivasi akan berfikiran begini. Tazkirah jadi pegangan, kritik sebagai cermin diri, dan ujian sebagai teguran. Hakikatnya berapa ramai yang menitikberatkan pembaikan diri.

Sangat mudah memperbaiki kesalahan orang, namun berapa ramai yang muhasabah diri sendiri.

p/s Renungan bersama. Terima kasih kerana sudi membaca post kali ini. Ujian tidak mengenal siapa. Kita sedia maklum bahawa orang yang paling kuat diuji adalah golongan yang beriman. Adakah kita mengaku beriman jika kita tidak diuji, Surah Al-Ankabut:2-3. Merenung kembali kesilapan lalu. Memperbaiki setiap bait-bait kesalahan yang menjadi perpecahan umat islam pada hari ini. Jadikan diri kita di kalangan mereka yang cintakan persahabatan. WaAllahualam..!


Saturday, May 2, 2009

Gempak zai..!!!

"Salam ukhuwah fillah"

.....wah dua hari lepas bukan main bz lagi zai...
....cm mana stdy...?
....***isnin, selasa, n jumaat ada paper...
....:)huhu....
....kerisauan tahap gaban juga ni....
.....tapi ndak pa, ***keja kena diteruskan juga....

...JANGAN CIPTA ALASAN...

.....lagipun semua orang bz, kita jak yang selalu leka....
....***tolong ingatkan sahabat-sahabat....
...kepada pembaca blog sekalian..

..bole kah bagi saya tips untuk belajar smart dalam masa yang singkat..

...tapi le cover....

..........................................................$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$.........................................................


....ada bah kawan tu...
....kata saya ni riya bab dipuji...kono...pandai....
....opssssssssssssss....
....sapa tu ya.....?

ndak pa yang penting niat dia ikhlas nk puji kita...
apa pun peringatan untuk zai... ***wlaupn da belajar smpi ke menara gading...
.....jgn lupa daratan....
....ingat mana asal usul kita....

....Jangan Lupa Daratan.... (Pesan tok guru)

......................................................#########################...............................................

....al kisah...

Friday, May 1, 2009

Perkenalkan Produk Islam di Seluruh Dunia

HPA merupakan sebuah organisasi perniagaan yang menjual produk-produk Islam yang Halal untuk digunakan.

Sekarang kita sibuk dengan BOIKOT barangan buatan dari luar negara, malangnya hanya segelintir sahaja yang sedar akan kepentingan menggunakan produk islam.

Menyeru diri saya sendiri untuk membeli barangan produk islam. Di samping mengajak teman-teman yang lain.

Jika berminat, sila email sebarang persoalan ke alamat zai_sanie@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

My Mother