Followers

Akuarium Qu

Saturday, February 27, 2010

SALAM MAULIDURASUL

JIKA TIDAK MAMPU LAKUKAN SEMUA, JANGAN KITA TINGGALKAN SEMUA.

12 RABIULAWAL TAHUN GAJAH bersamaan 12 RABIULAWAL 1431 H, 26 FEBRUARI 2010, kita diambang sambutan Maulidurasul sempena memperingati kelahiran Kekasih Allah, Rasulullah s.a.w. Jika kita orang biasa, kita sering memperingati hari kelahiran mereka yang dikasihi seperti ibubapa, adik-beradik, dan paling utama kekasih. Inilah trasidi masyarakat pada masa kini.

26 FEBRUARI 2010, dipagi yang mulia ini, ana telah menerima beberapa SMS daripada rakan seperjuangan di kampus, kata mereka, zai, salam maulidurasul, diharap Rasulullah menjadi kepimpinan melalui teladan kita yang menjadi rantai perjuangan Baginda. Kelahiran ini adalah sebagai teladan terbaik akhir zaman...

Banyak lagi SMS yang dikirim.

Ana memperingati diri sendiri juga mereka yang ingin mencapai syurga di akhir hayat kelak. Mereka yang ingin berjaya akan cuba untuk mencapai kejayaan tersebut dengan usaha sendiri kerana ana percaya dan yakin bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek. (Pesanan dari penaja)

SALAM MAULIDURASUL UNTUK SEMUA...

No comments: