Followers

Akuarium Qu

Saturday, April 3, 2010

Bersama menelaah KPLI

SYARAT DAN KELAYAKAN KURSUS KPLI

a. Warganegara Malaysia

b. Umur Tidak Melebihi 35 Tahun Pada 1 Jun 2009 Iaitu Lahir Selepas 1 Jun 1974.
c. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Atau Setaraf Dengannya Daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Tempatan Atau Luar Negara.

d. Memiliki Ijazah Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan.

e. Memiliki Kepujian Bahasa Melayu Di Peringkat SPM/SPM(V) Atau Lulus Kertas Khas Bahasa Melayu Di Peringkat Universiti/ IPTA Tempatan Yang Diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu Di Peringkat STPM Boleh Menggantikan Kepujian Bahasa Melayu Di Peringkat SPM/SPM(V).

f. Bagi Memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) J-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, Calon Hendaklah Memiliki Ijazah Sama Ada Dalam Bidang Pengajian Islam Atau Pengajian Bahasa Arab Atau Al-Quran Atau Bidang Yang Berkaitan.

g. Calon Hendaklah Sihat Tubuh Badan Dan Berupaya Mengikuti Program-program Yang Dirangka Untuk Kursus Ini.

h. Calon Yang Berjaya Dan Ditawarkan Kursus Mestilah Menunjukkan Ijazah (skrol) Semasa Pendaftaran Di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

i. Calon Yang Masih Lagi Terikat Dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan Termasuk Yang Sedang Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) J-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah Atau Kursus Dalam Cuti Tidak Layak Memohon.

No comments: