Followers

Akuarium Qu

Friday, December 16, 2011

Babak 1 - Mencari Calon ( Hidup di Dunia dan di Akhirat)

"Ya Allah andai dia milikku, maka temukan la kami di jenjang pelamin sehingga ke liang lahad". Doaku tidak putus-putus membasahi bibir. Di kala hening subuh menyelubungi tubuh. Dalam kedinginan embun, aku terus menulis akan perjalanan hidup ku. Di atas katil, kebetulan Allah bagi nikmat rehat yang cukup. Syukur ALhamdulillah.

Apa yang dicari sebenarnya dalam dunia ini. Aku terpanggil untuk menjawab soalan seorang sahabat karib. Huz, engkau bila lagi...? Ku terdiam sekejap mendengarkan persoalan yang diajukan oleh kawan lama ku. Ris, nama panggilannya. Manis orangnya, tenang dan sentiasa mengambil berat tentang aku. Terima kasih kawan. Aku kesal, sehingga hari ini aku belum lagi melawatnya selepas bersalin. Kesibukan dengan kerja sendiri menyukarkan aku ke sana.

Hati kecil ku berkata, "Aku meniti hidup ini sendirian, sambil-sambil berfikir. Ke mana arah tuju yang dicari. Ku mencari dan terus mencari." Kesiannya... Namun kata-kata semangat dari ibu ku, ku jadikan pedoman sepanjang hidup. Terima kasih ibu.

"Wawa, kak mau tanya kau satu soalan..." Aku terpanggil untuk bertanya kepada anak saudara bapaku, tekang-tekangnya seorang Ustazah. Kecil-kecil orangnya. Aku suka bila berdampigan dengannya. Sebab satu, dia adalah di kalangan sepupu ku yang pandai berhujah, bijak dan selalu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Tahniah adikku, engkau boleh jadi sumber inspirasi bagi ku dan ahli keluarga yang lain..

Ingat pesan seorang guru ku di sekolah rendah. "Kamu kena mempunyai ilmu, sebab dengan ilmu, kamu mampu untuk menjadi apa pun, hanya mahu atau tidak mahu sahaja." Katanya. Masih terngiang di telinga keta-kata itu sehingga kini.

Betul kata mu guru ku, sebab manusia ini adalah bersifat lemah, lupa dan leka. Jika ada ilmu didadah, kehidupan kita ibarat sebuah kapal yang mesti ada nakoda dan anak kapal. Kalau hati kita adalah raja, anggota badan adalah rakyat. Justeru, manusia sendiri yang menjadikan dirinya sendiri. Samaada inginkan kebaikan atau sebaliknya.

Sambung perbincancangan ku dengan sepupu ku tadi. "Wawa, apa matlamat kita hidup dalam dunia..? Soal ku ringkas. Dia pun mula berfikir, dan cuba untuk mentafsir maksud akan soalan ku itu. Lalu dia menjawab, "Kak tanya macam itu,saya suka menjawab akan soalan itu. Satu ja yang kita cari dalam dunia nie. Pencarian itu adalah jalan untuk kita menuju ke alam akhirat." Jawabnya ringkas.

Aku bertanya lagi, "Kenapa..?". "Ya la, kita mahukan dan mengimpikan kehidupan bahagia dunia dan akhirat. Bagaimana kita menuju ke arah itu..? Adakah dengan kita mempunyai harta, mempunyai kemahuan, nafsu dan kita hanya mencukupkan syarat sahaja. Tidakkan..." Ujarnya.

Terpaku sekejap. Aku mula untuk menerima jawapanya sedikit demi sedikit. Ternyata apa yang dikatakannya adalah benar. Apabila terbukti dalam satu kata-kata hikmah yang bunyinya begini,"Manusia YanG TerBaik ialah MuKmin yang BerIlmu. Jika Dia DiPerlukan,dia daPat MengUrus DirinYa... ImAn itu tiada berPakAian. PakaianYa ialah TAkWa, PerhiaSannya iaLah mAlu dan BuahnyA ialaH Ilmu". MasyaAllah...

Betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita sehari-harian.

No comments: