Followers

Akuarium Qu

Thursday, October 4, 2012

How to be a great Insperation..??


Salam Zulkaedah yang ke 18.... 
Setiap manusia mempunyai impian, harapan dan cita-cita untuk mencapai kejayaan sejak kecil sehinggalah impian itu menjadi kenyataan. Matlamat akan menjadikan kita semakin bijak berfikir, berkembang, dan meningkat serta dapat melaksanakan sesuatu yang baru. Apabila matlamat atau wawasan ditambah dengan usaha, tidak mustahil impian akan menjadi kenyataan. Napoleon Hill pernah berkata bahawa “Segala pencapaian bermula dengan imaginasi sebelum menjadi kenyataan.” Beliau jelas menyatakan bahawa jika ingin mencapai kenyataan ia perlu ada imaginasi, bagaimana kejayaan ini hendak dicapai, apa usaha kita untuk mencapai kejayaan tersebut. Justeru, setiap daripada kita perlu berimaginasi agar apa yang diimpikan menjadi kenyataan. 

Selamat membaca....

No comments: