Followers

Akuarium Qu

Wednesday, January 21, 2015

Indahnya pengalaman bergelar IBU

Assalamualaikum wbt....

Salam Blogger...

Wah...!! lamanya tidak post dalam
blog. Miss u'll yang menjadi pembaca setia...

Masih belum terlambat tuk ucapkan selamat tahun baru 2015.

Apapun, apa kabar semua kengkawan...??? Hope u'll happy dengan aktiviti seharian.

Setahun rasanya tidak post di blog ku yang comel ini. 

Today nak share, mengenai pengalaman selepas bergelar seorang Ibu. Alhamdulillah, selepas kelahiran cahaya mata yang pertama ( Muhamamd Qaid Danish Abdul Lashid ) pada 26.12.2013. Berat 3.1 kg. Walaupun ceaser, tapi aq bersyukur masih boleh bersamanya. Apa yang penting pengalaman 9 bulan mengandungkannya tidak akan pernah ku lupakan. Now da setahun 27 hari. besar suda bby ku. Qaid panggilannya, dan qaid panggil umi n abah. Sayang anak umie.

Banyak yang berubah selepas menerima cahaya mata ni. Selepas melahirkan, semasa menjaganya selama setahun sehingga kini. Pelbagai rasa, perasan yang dialami. Bby fully susu badan dalam masa 3 bulan. mmg xnk campur botol.. Tapi selama berpantang, mak selalu membebel, ajar anak tuk susu botol supaya senang p kerja x la risau bby tinggal d umah. Dengan hati yang berat, terpaksa juga bagi susu botol tapi mix dengan susu badan. Azam, nak bagi bby susu badan sehingga umo nya 2 tahun (doakan saya).

You'll nk taw, genap setahun, saya n suami plan nak celebrate befday bby qaid. Alhamdulillah, seperti yang dirancangan. Selepas Isya pada 26 Disember 2014, acara bermula dengan bacaan doa selamat, acara potongan kek dan jamuan ringan. Semoga anak umi jadi anak yang baik, anak yang soleh, taat perintah Allah, Ikut cakap ibu bapa dan dengar nasihat guru dan yang paling penting jadi anak yang berguna dunia akhirat. Aminnnn ( rintihan seorang ibu yang pernah merasa jadi anak ).

SubhanAllah, panjang pula leteran. Lama x share ceta dalam blog. Maaf kawan-kawan semua sekiranya ada yang ternanti-nanti post dari ku. Terima kasih kerana masih setia. Semoga perhubungan kita masi kekal dan tiada penghujungnya. Saya doakan supaya anda berada dalam keadaan baik-baik, dan dipermudahkan segala urusan.

Okey, jumpa lagi di lain episod.

Sekian, 

Wabilahitaufik walhidayah, Assalamualaikum wbt.

Wassalam.






No comments: