Bismillah Al Rahman Ar Rahim..
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...
Apa hukum jika muslim tidak bertegur selama 3 hari..???? Ramai yang tertanya-tanya mengenai hal ini.
Tidak ramai yang boleh menerima nasihat yang kita berikan. Adakah kita bersedia untuk menerima nasihat dari orang lain. Nasihat itu adalah tuntutan agama. Nasihat mungkin datang dengan nada
yang lembut. Juga mungkin dengan nada yang tegas. Namun penasihat sentiasa mengharapkan kebaikan untuk pihak yang
dinasihati. Tidak dinamakan nasihat, jika kita memujinya sehingga dia tersasar.
Juga tidak dinamakan nasihat jika kita memakinya di khalayak ramai.
Daripada
Abi Hurairah: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah meredai
kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredai kamu jika
(pertama) kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan- Nya sedikitpun,
(kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya, (ketiga) kamu
menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai
kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak
bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik 2/169).
Daripada Abi Said al-Khudri, daripada Nabi, sabdanya: Tidak dilantik
seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat).
(Pertama) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan dan
menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan dan
menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan Allah. (Riwayat
al-Bukhari 6/2438 dan al-Nasai 7/158).
Sabda Nabi: Sesiapa yang ingin menasihati orang
yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya
hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian
dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia
terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah
menunaikan kewajipannya. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunah 507.
Sebaik-baik insan sentiasa memberi peringatan baik. Kita tidak mengharap untuk dipatuhi atau diikuti, cukup dengan apa yang kita sampaikan menjadi teladan dan panduan kepada semua.
Sekian wassalam.
No comments:
Post a Comment