Followers

Akuarium Qu

Tuesday, June 24, 2008

Impian menjadi kenyataan

Zaman kanak-kanak semakin jauh meninggalkan kita, tidak sangka kini saya berusia 22 tahun. Teringgat masa dulu-dulu, nakal macam lelaki perangai ku.. Buruk ba kan kalau tak padan dengan jantina. Ya la saya perempuan. He he he...

Dalam kenakalan yang saya alami semasa kecik-kecik dulu, sempat juga menjadi matang sekejap apabila di sekolah saya menjadi budak pandai selepas bergaul dengan sahabat-sahabat yang bijak pandai. Alhamdulillah sempat juga merasa kepandaian di orang. Boleh la tahan keputusan. Sepanjang belajar dapatlah merasa flow tarbiyah, mula-mula ikut exam UPSR, lepas tu PMR, sambung SPM, STPM lagi. Hinggalah masuk universiti macam sekarang ni.

Sambung cerita, sejak budak lagi saya sudah memasang niat untuk masuk universiti, kerana saya ada ramai idola yang boleh menjadi Role model. Misalnya kak Azlina bekas pelajar UMS juga, kini dia menjadi seorang guru di sekolah sekitar Kota Kinabalu. Bukan tu sahaja, kakak kandung saya sendiri pun pernah menjejakkan kaki ke Universiti. Dia melanjutkan pelajaran ke UNIMAS selepas lulus dalam peperikasaan STPM. Bestkan masuk U..!!

Saya pun mau merasa macam di orang. Masing-masing dengan kerja. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang sederhana namun saya bersyukur kerana masih tinggal dengan ibu dan bapa, kakak, abang dan tiga orang adik. Dua orang lelaki seorang perempuan.

sambung lagi ek....

No comments: