Followers

Akuarium Qu

Sunday, June 29, 2008

Kenangan Bersamamu

Mukaddimah, Sidia mula berjalan menuju ke satu tempat sunyi. Melayan perasaan yang tengah sedih, hiba, dan kecewa selepas ditinggalkan teman tercinta. Kata ustaz-ustazah, cinta tidak boleh disandarkan kepada manusia selagi kita tidak mencintai Allah sepenuhnya. Kerana cinta kepada manusia hanya menurut nafsu semata-mata. Dan cinta Allah adalah cinta hakiki.

C.I.N.T.A… Ada apa pada cinta..? Namun ramai yang hanyut dalam lembah maksiat apabila mendekatkan diri dengan cinta, terutamanya cinta dengan makhluk Allah yang lemah. Tanpa kekuatan aqidah atau pegangan yang kukuh mudah sahaja kita bergelumang dengan dosa.

Berdasarkan pengalaman lepas ramai juga yang menyedari hakikat bahawa bahaya bercinta, tapi tidak endah dengan amaran Allah. Sehinggakan gejala buang bayi kesan daripada melakukan hubungan tanpa ikatan pernikahan, membunuh diri akibat tekanan semakin meningkat di kalangan anak muda masa kini. Malah, terjebak dengan dadah sehingga menyebabkan terkena jangkitan AIDS.

Pada mulanya, hamidah adalah seorang anak yang taat kepada perintah Allah, tidak menderhaka dengan ibu bapa serta menghormati masyarakat yang ada di sekelilingnya. Hamidah bin Ahmad adalah pelajar yang bijak, cantik, manis mukanya, dan dikenali sahabat kerana sifat kepimpinannya. Namun tidak semua manusia sempurna, dia juga mudah terpengaruh.

Idah, tinggal kat mana sekarang..?” Tanya Humairah, sahabat baik yang telah lama dikenali sejak kecil lagi. Setelah beberapa tahun berpindah ke semenanjung mereka tidak pernah bertemu. Kuasa Allah, apabila 6hb Jun 2008 adalah tarikh keramat bagi hamiah selepas bertemu dengan humairah. Hamidah tersentak dengan panggilan temannya itu. Ketika berada di Pasar Salak, Selangor. Dengan rasa hairan, Hamidah menjawab, “Saya tinggal kat Wangsa Maju, dengan kak kandung”. Kebetulan tengah membeli barang terus berbual sekejap. “Bila nak balik sabah..?” humairah menanya lagi. “Entahlah, banyak kenangan yang pahit tidak boleh dilupakan, rasanya tak nak balik sana lagi. Tapi tengok keadaan, kalau ada rezeki pergi kot.” Slumber menjawab soalan temannya tu.

Banyak juga benda yang dibualkan. Sangkaan humairah tersasar dari yang awal apabila setiap perbualan lebih kepada kontra berbanding pro. Sedih lihat hamidah yang asalnya budak baik tetapi disalahertikan kebijakanaannya. Kontra lebih banyak kerana setiap bibit kata yang hamidah utarakan semuanya berunsur tidak puas hati terhadap bekas teman lelaki yang pernah dicintainya suatu ketika masa dahulu. Kerana meningglkannya apabila humairah wujud dalam kehidupan mereka.

Azman adalah bekas teman lelaki hamidah dan dalam masa yang sama azman juga menaruh perasaan terhadap humairah selepas bertemu dalam majlis hari jadi hamidah yang ke 21. Humairah juga tidak kurang cantiknya seperti hamidah cuma kulitnya kemerah-merahan seperti seorang srikanri Islam di zaman Rasulullah iaitu HUMAIRAH.

“Besar tak kuasa Allah…!! Ya la sudah lama tidak bertemu tiba-tiba terjumpa dengan man kat sabah lagi…”kata humiairah, wanita yang diidam-idamkan selama ini. Man menjawab dengan bersemangat, “Ah’ah.. lama tak jumpa, ira apa khabar..?” Ira, nama panggilan buat wanita idaman Man semasa di universiti. “Alhamdulillah, sihat walafiat.” Senyuman manis ira tetap terpaut di wajah walaupun telah berpunya. Man macam mana sekarang.. Sihat..? tanyanya lagi. “Beginilah hidup bujang, itulah hari tu man naik meminang tak nak, jual mahal. Sian man..!!” Alhamdulillah, samalah denga ira, sihat juga. Tapi sejak kebelakangan ni selalu sahaja sibuk dengan kerja.”

Selepas berbual selama beberapa minit, mereka pun berlalu ke tempat masing-masing, seorang ke Barat seorang lagi ke Timur. Rasa satu nikmat Allah berikan apabila dipertemukan tiga sahabat baik dalam masa beberapa hari sahaja. Kebetulan pada 3hb Jun 2008, humairah pergi menyertai lawatan ke semenanjung bersama rombongan sekolah terjumpa dengan hamidah dan selepas pulang daripada rombongan deligasi itu, Azman pula yang ditemuinya. Sebelum ini memang terniat untuk buat Reunion atau penyatuan semula. Namun tiada berkesempatan. Walaupun sudah lama tak berhubung dengan mereka tapi atas usaha yang dilakukan, Alhamdulillah Allah makbulkan doa agar dapat bertemu.

Sesunggunhya doa adalah senjata bagi orang muslim. Percaya atau tidak..? Hamidah sudah mula menyesuaikan diri setelah berada jauh dari permasalahan yang dihadapinya sebelum ini. MasyaAllah. Itulah yang dapat digambarkan oleh hamidah walaupun jawapan setiap soalan yang ditanya level advance. Manakala Azman semakin segak dan bergaya dengan kerjanya sebagai pegawai kewangan di syarikat kewangan Hunday.

Tiada beza kehidupan yang dilalui setiap hamba ciptaan Allah melainkan waktu, tempat dan keadaan serta suasana yang berlainan. Sebaik-baik ciptaan Allah di dunia ini adalah Manusia kerana dikurniakan akal untuk berfikir. Jadi manfaatkan sepenuhnya apa yang Allah berikan untuk kita, bertindak mengikut nafsu kelak membinasakan diri. Lebih baik lakukan perkara yang berfaedah berbanding membuang masa dengan perkara-perkara yang sia-sia.

Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati tetapi sebagai pengajaran, aplikasikan mana yang baik dan hindarkan mana yang memudaratkan diri. Surah Ad Dzariyyat: 55, “Dan berilah peringatan sesungguhnya memberi peringatan adalah bermanfaat bagi mereka yang beriman.” Muhasabah diri sendiri...


bersambunggg....

No comments: