Followers

Akuarium Qu

Thursday, June 12, 2008

Realistik mahasiswa masa kini

Realistik mahasiswa masa kini. Mahasiswa semakin bijak dalam menilai sesuatu perkara, kerana manusia diciptaan dengan akal yang sempurna. Tidak dinafikan ada juga mahasiswa yang bertindak tanpa memikirkan kesan. Terutamanya kesan buruk yang dialami. Sehingga gejala sosial semakin berleluasa, melepak, pointer menurun kerana jarang ke kuliah, terlibat dengan jenayah dan banyak lagi. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa dengan membuat kajian berkenaan permasalahan yang setiap pelajar akan hadapi semasa di universiti. Fokus kepada barisan pimpinan pelajar seperti Majlis Perwakilan Pelajar untuk membantu mengatasi gelaja tidak sihat.



Banyak permasalahan di kalangan mahasiswa yang dilihat semakin kritikal akibat aripada realistik mahasiswa kini. Kita sendiri merasakan hal ini bukan sahaja berlaku disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri malah pengaruh rakan sebaya. Misalnya Mahasiswa lesu. Mahasiswa Lesu merupakan satu gelaran yang sesuai bagi mahasiswa yang hanya memikirkan 4K perkara iaitu kuliah, kafe, komputer dan katil kerana mereka hanya fokus kepada perkara-perkara seperti ini dan tidak terlibat secara aktif dalam berpersatuan. Inilah realiti mahasiswa yang saya perhatikan selama berada di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan. Terdapat juga mahasiswa yang aktif berpersatuan tetapi tidak ramai pelajar menyertainya program-program yang dianjurkan terutama program akademik atau program keagamaan. Tetapi bukan itu sahaja pendekatan yang kita mahukan dalam melahirkan mahasiswa yang prihatin terhadap keadaan semasa di kampus. Banyak lagi alternatif lain boleh digunakan.



Tambahan pula, realistik mahasiswa yang terdapat di kampus menjurus kepada individu tertentu. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Di antaranya, Sindrom Aku Tak Peduli yang lebih dikenali dengan pedulisme. Ia merupakan satu konsep yang belum diketahui oleh ramai mahasiswa. Menurut penelitian saya selaku mahasiswa yang mengalaminya sendiri mendorong ke arah itu. Di mana saya melihat sendiri masih ramai pelajar yang tidak menyertai program ataupun aktiviti yang berfaedah seperti seminar, forum, dan ceramah yang banyak dianjurkan di KAL. Bukan ini sahaja program yang melibatkan anjuran sesetengah pihak. Seandainya kita ingin melahirkan mahasiswa yang prihatin kami memerlukan sokongan dari individu itu sendiri dengan mengaktifkan diri untuk hadir ke program.



Selain itu, bersikap global juga salah satu realistik mahasiswa di KAL mahupun di mana-mana tempat. Globalisasi merupakan satu konsep yang bermaksud tanpa sempadan. Pemikiran yang global adalah pemikiran yang bersifat keterbukaan dalam individu. Mereka perlu bersikap menerima sesuatu yang tidak bercanggah mengikut kepercayaan masing-masing. Saya menyarankan mahasiswa supaya bersikap lebih terbuka dan menerima idea yang membawa kebaikan kerana tidak semua mahasiswa boleh melakukan perubahan yang drastik. Namun adakan realiti mahasiswa masa kini lebih bersikap global. Mengetahui isu-isu semasa tidak semestinya kita boleh dianggap berfikiran terbuka sekiranya tidak mengaplikasikan dalam kehidupa seharian. Ibarat menuntut ilmu untuk kegunaan sendiri dan tidak disampaikan kepada orang lain. Sesoarang itu akan lebih bijak dalam memberi idea ataupun mengutarakan pendapat melalui sikap keterbukaan yang dimiliki. Siapa yang untung..!!! Kita yang memberi ilmu atau mereka yang menerima ilmu.



Lagi satu, konsep Student Movement merupakan satu pendekatan baru yang digunakan dalam menilai mahasiswa sekarang. Student adalah satu istilah yang terdapat dalam kamus Dwibahasa yang bermaksud Pelajar manakala Movement bermaksud Pergerakan. Apabila dua istilah ini digabungkan, Student Movement bermaksud Pergerakan Pelajar. Mahasiswa mempunyai hak-hak tersendiri semasa di kampus namun tidak ramai yang mengetahui. Saya mengutarakan isu Student Movement dalam suara KAL kali ini adalah untuk membuka mata mahasiswa supaya bangkit dalam apa jua bidang yang penting tidak bercanggah dengan peraturan-perauran yang telah ditetapkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Walaupun ramai pelajar yang tidak setuju dengan AUKU. Namun pelajar perlu mengetahui hak-hak mereka sebagai mahasiswa dan pihak-pihak tertentu dalam memenuhi keperluan semasa di universiti. Misalnya wireless, mega leb, Alat Bantuan Belajar, harta-harta universiti dan yang paling penting keselamatan.



Mahasiswa adalah pelajar-pelajar yang terdapat di universiti-universiti. Kali ini kita lebih fokus membincangkan tentang realiti mahasiswa masa kini. Pernahkah kita mengetahui kita mempunyai hak terhadap universiti kerana kita adalah pelanggan. Menurut En. Effendi, Ketua Unit Media Teknologi Pendidikan (UMTP) di kampus Induk. Beliau menerangkan berkenaan hak-hak pelajar sebagai pelanggan semasa sesi dialog bersama MPP pada 13 Jun 2008, 9.00 pagi. Bangkitlah wahai mahasiswa supaya hasrat kerajaan untuk malahirkan individu yang berketerampilan, berwibawa, dan prihatin tercapai. Seterusnya Pembentukan Modal Insan dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut akidah, akhlak, dan pemikiran.





Itulah hasrat kami sebagai MPP dengan menganjurkan pelbagai program yang berfaedah. Tujuannya adalah untuk pelajar di KAL atau di Kampus Induk UMS mengasah bakat yang terpendam dalam individu yang bergelar sebagai mahasiswa. Beri kerjasama sepenuhnya terhadap program-program yang kami jalankan. Buktikan bahawa realistik mahasiswa kini lebih banyak positif berbanding negatif.



Sekian Terima kasih....

No comments: