Followers

Akuarium Qu

Sunday, June 29, 2008

Tiada perkara yang musahil

Siapa kata sya tak pandai menulis. Buktinya, sya da ada blog sendiri... Lagipun, sya kan Lajnah penerbitan dalam Persatuan Islam. Tapi memang betullah, kata ustaz Syaari, "Nothing is imosible". Teringat pula masa program bersama MT GAMIS di Kota Kinabalu awal bulan Jun tahun 2008. Seronok dapat joint, mana taknya dapat share ilmu dengan mereka tentang isu mahasiswa, lagi satu dapat belajar bagimana bergerak kerja semasa di kampus supaya boleh dipraktikan semasa bekerja nanti. Tidak semua yang menyedari hal ini, namun pemimpin yang bijak perlu mampu menilai mana yang baik dan yang tidak bermanfaat untuk dirinya. Di samping memimpin orang kita kenalah bijak dalam mendisiplinkan diri, dan memimpin diri ke arah kebaikan bukan ke arah membinasakan diri.

Bkan itu sahaja, mahasiswa seperti sya perlu untuk memperbaiki diri setiap masa supaya tiada sesiapa pun yang boleh menjatuhkan kita. Walaupun ramai sahabat yang tidak suka dengan penulisan kita namun itu adalah hakikat seorang penulis yang baru menceburi diri.

Walhal mereka tidak menyedari bahawa penulisan idea yang kreatif memerlukan fakta-fakta yang bernas untuk di tulis. Adakah anda sependapat dengan idea sya...? Kita tidak memerlukan idea yang mantap untuk ditulis yang penting berasas, dan mempunyai bukti yang kukuh.


Benarlah kata A Samad Said, penulisan mesti mempunyai izzah yang orang boleh tertarik untuk di baca. Supaya apa yang ingin kita sampaikan memberi satu impak yang besar dalam diri.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Betullah pepatah orang melayu, sekiranya kita ingin berjaya dalam hidup, keazaman dan keinginan perlu kuat mengatasi gejala malas. Sikap seperti ini tidak seharusnya wujud dalam diri muslim. Kerana Rasulullah sendiri selalu berpesan kepada sahabat bahawa dalam kita berjuang banyak masalah yang akan dihadapi tetapi jangan jadikan ia batu menghalang untuk memeruskan hidup dalam mancapai kejayaan.

Tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini, kalau tidak, manakan mungkin seorang berjaya menjejakkan kaki ke manara gading tanpa semangat, tidak akan ada bintang teater lagenda yang menjadi sebutan sepanjang hayat walaupun telah meninggal dunia tetapi tetap menjadi sebutan iaitu Tan Sri P.Ramli, namun tidak akan bermakna sekiranya ia tidak diseiringi dengan akhlak yang mulia, peribadi yang jitu dan amalan yang dituntut oleh islam iru sendiri.

Maaf terpesong sedikit daripada tajuk utama, tiada perkara yang mustahil adalah topik perbincangan utama. Apa pendapat anda..?





No comments: