Followers

Akuarium Qu

Friday, July 11, 2008

Kenangan semasa MSM

Tersentak diri apabila sahabat ana mula membenci. "Pelik... Kenapa dia sangat membenci ku.." Apa yang telah ku lakuakan terhadapnya sehingga menyebabkan dia terlalu benci hendak menatap muka ku.

Dipermulaan cerita....
Semasa perkenalan dahulu, ana sangat sayang dengan seorang ukhti yang bernama Suhaini. Dia berasal daripada Tawau, sama seperti ana juga. Sama-sama menjejakkan kaki ke menara gading tetapi mengambil kos yang berbeza. Kami selalu study bersama, pergi kuliah bersama, dan makan pun bersama, boleh dikatakan apa yang kami lakukan mesti bersama-sama.

Pertengahan cerita...

Cerita kemasukan adik-adik baru, semasa kami tahun dua. Kami sekelompok sahabat ada mengisi borang Minggu Suai Mesra (MSM) sebagai Pembimbing Suai Mesra (PMS). Setelah mengikuti interview PSM, kami diterima masuk kerana syarat untuk menjadi PSM, perlu isi borang, melalui interview baru boleh terlibat dengan MSM. Dalam bulan Jun 2007 kami terpaksa balik awal ke Kampus kerana perlu mengikuti Induksi sebagai persediaan untuk menyambut adik-adik baru.

Dipertengahan minggu Induksi, kami telah memboikot satu slot induksi kerana melibatkan maruah seorang wanita. Ia berlaku apabila seorang sahabat ana telah diherdik, dihina dihadapan PSM yang lain. Siapa tidak tekanan dengan keadaan itu. Kami bukanlah golongan terrorist yang suka memboikot. Tetapi mungkin sudah takdir Allah, ana dan beberapa orang sahabat keluar daripada menyertai program induksi. Dan menyebabkan Pihak Atasan semakin benci dengan kami. Walauapapunbegitu itu adalah titik permulaan perjuangan kami.
"Sesungguhnya berani berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim adalah juhad yang terbesar selain melawan nafsu, (Riwayat Muslim)"

Selepas daripada peristiwa itu, banyak kenangan pahit manis yang tidak dapat ana kongsikan bersama dengan sahabat yang lain, kerana Allah telah menghantar ana untuk balik ke kampung halaman kerana ingin meringankan bebanan sahabat yang ada. Ramai juga yang tidak berpuas hati dengan tindakan ana, ya la buat kepala sendiri. Tapi sebenarnya tidak. Buat pengetahuan semua sahabat ana adalah manusia seperti lembu dicucuk hidung, tidak akan bergerak sendiri apabila tidak diarahkan melakukan sesuatu. Sekarang ni tidak lagi setelah belajar beberapa perkara daripada sahabat yang mantap dalam perjuangan Islam.

Diri tetap sabar dengan dugaan yang diberikan oleh Allah, diri terus istiqamah dalam perjuaangan Islam walaupun ramai yang tidak berpuas hati juga. Siapa yang keluar daripada perjuangan Islam kerana sahabatnya bermakna dirinya sendiri yang rugi. Terus Istiqamah walaupun diri tak mampu, insyaAllah (Surah Muhammad:7) Wahai orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu. Doakan ana semoga istiqamah dalam perjuangan demi menegakkan agama Allah, Agama Islam.

Ana Uhibukifillah, itulah yang selalu ana lafazkan dalam hati setelah bersama-sama dengannya di kampus. Ana .pun tak pasti kalau dia menyedari hakikat ini. Tapi itulah hakikat persaudaraan yang kami jalinkan selam ini.

Kemuncak...

Memang tidak selesa bergerak kerja apabila ada sahabat yang benci dengan kita. Tapi perlu diingat bahawa itu bukan penghalang tetapi sebagai motivasi untuk terus bersemangat dalam melakukan gerak kerja Islam. Imbas kembali kata-kata Ustz Dzul, bahawa perbezaan pendapat adalah persaingan sihat untuk memantapkan lagi organisasi yang ada. Betullah.

Ukhti su yang ana katakan tadi sebenarnya baik hati cuma tak taulah kenapa dia boleh bersikap sedemikian. Tapi kenalah Husnozon (Berprasangka baik).

Penutup....

Sahabat ana pesan lagi, Jangan mengumpat, atau mengata orang dibelakang nanti berdosa. Apa pendapat anda...? Adakah cerita ana dengan kak su tadi di kategorikan sebagai mengumpat...? Atau di katakan hipokrit atau sebaliknya. Kita pun sedia maklum bahawa jangan jadi talam dua muka nanti diri yang merana. Namun ana pasrah dengan ketentuan Allah. Ana yakin suatu hari nanti ukhti itu akan sedar bahawa ana menyayanginya kerana Allah.

p/s. Jadikan kisah ini sebagai teladan, ambil yang baik dan yang tak baik jadikan sempadan. Janganlah jadi sahabat seperti itu, kerana sahabat baik akan sentiasa menyayangi dan memaafkan kesalahan lalu sahabatnya. Andainya sahabat tersebut tidak boleh terima hakikat atau sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa kita telah berubah, abaikan. Pesan Ustz Faisal, kalau kita ada masalah peribadi jangan campurkan dengan Jemaah. Paling tidak pun, kalau ada masalah kita lupakan tetapi jangan kita tinggalkan.

Maafkan ana sekiranya ada sahabat yang terasa dengan kata-kata ana. Tapi itulah realiti hidup seorang perjuang. Moga-moga kita terus Istiqamah dalam perjuanga Islam.

Ameeeeeen




No comments: