Followers

Akuarium Qu

Sunday, July 13, 2008

Tawa Dalam Tangisan

Assalamualaikum.w.b.t.

Syukur ke hadrat ilahi, kerana diberi peluang lagi untuk menikmati segala kurniaanNya. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi, para sahabat dan keluarga baginda.

Di kesempatan yang ada, ana nak bagi sedikit komen berkenaan Forum Palestin yang baru selesai tadi. Sejarah berulang lagi apabila 'tawa dalam tangisan' menyerupai program yang pernah dianjurkan oleh ahli badar suatu masa dahulu iaitu saudara nashad.

Ana melihat sendiri ada seorang pelajar non muslim telah memberi respon berkenaan isu boikot yang telah diutarakan oleh saudara hasli, salah seorang ahli badar bahawa boikot sebenarnya tidak wujud kerana andai kata kita diberi peluang untuk mengusahakan kedai ayam sendiri, tidaklah kita akan memakan KFC, memang benar.Itulah luahan seorang pelajar yang boleh dikatakan tidak faham apa erti perjuangan.

Bagaimana pula dengan kita, adakah kita mampu untuk berfikir apa yang pelajar non muslim tersebut fikirkan. Tentunya tidak sekirannya kita hanya memikirkan masalah dunia semata-mata tanpa merenung nasib kita di akhirat kelak.

Apa yang ana lihat adik-adik semakin faham erti perjuangan sebenar, malam ini, satu kejutan telah berlaku yang tidak boleh dilupakan sebenarnya. Setelah 60 tahun bumi palestin ditindas tapi apakah sumbangan kita kepada mereka. Adakah cukup dengan kita pergi ke Palestin untuk bersama-sama menentang musuh Islam. Melalui forum ini juga kita sudah dikatakan berjaya untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Tambahan pula, dengan berdoa sahaja kita sudah mampu untuk membantu saudara kita yang sering diganggu hidup mereka. Teringat kata-kata Ustazah yang menjadi panel forum pada malam ini. "Doa adalah senjata bagi orang muslim". Walaupun mereka hanya menggunakan batu-batu kecil untuk pergi berperang, tapi anggaplah itu bantuan daripada Allah. Itulah hakihat bahawa 'Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan membantu dan mengukuhkan kedudukan kamu (surah muhammad:7). Betapa besarnya kuasa Allah.

Tiada gunanya sekirannya kita menjadi seperti buih-buih yang ada di lautan. Berapa banyak bilangan buih yang ada di lautan namun tiba di tepi pantai buih tersebut akan berpecah. Kita juga akan menjadi seperti buih tersebut andai kita tergolongan dalam kelompok yang ramai tetapi kita tidak bertindak sebagai pemikir sahaja. Bukankah berfikir sejenak lebih baik daripada melakukan ibadat bertahun-tahun. Nilai diri, muhasabah setakat mana akidah dan akhlak yang kita miliki. Adakah ia berlandaskan apa yang digariskan oleh Syariat Islam...? Fikirkan

Tidak dinafikan bahawa Islam itu sejahtera. Perlu dihayati masalah-masalah seperti isu palestin kerana mereka adalah sebahagian daripada kita juga selaku orang Islam. Itulah keistimewaan orang-orang Islam, walaupun musuh Islam semakin bertambah namun sehari demi sehari, semakin ramai yang memilih Islam sebagai amalan dan pegangan yang benar. Statistik dunia telah menyatakan peningkatan jumlah saudara baru kini semakin memberangsangkan. Sehingga orang barat sendiri mengakui bahawa agama Islam adalah agama paling mudah untuk dianuti.

Di sini ana nak kongsi lagi satu pandangan, menulis tanpa ilmu hanya memberi fitnah kepada Islam itu sendiri, namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Selagi hayat di kandung badan selagi itu terus menuntut ilmu. Aktifkan diri anda untuk mengetahui isu-isu semasa. Banyak cara yang digariskan tadi, contohnya, layari blog, Perdana Menteri sendiri mengakui hakikat ini. Itulah kata Ustaz Bunyamin selepas menjawap persoalan ana, iaitu bagaimana atau apakah alternatif utama untuk mahasiswa kini lebih peka terhadap isu-isu semasa, khususnya isu global seperti Isu Palestin.

Bangkitlah mahasiswa, ayuh sedarkan diri, cari program-program yang lebih bermanfaat untuk dilakukan. Mahasiswa pencetus revolusi.

Nah, selesailah sudah komen ana berkenaan isu palestin, sama-samalah kita menyelami kesengsaraan saudara kita yang ada di sana. Kita di sini bersuka ria, manakala mereka di sana dipenuhi kedukaan. Sedarlah wahai sahabat ku.

wa'lahualam

No comments: