Followers

Akuarium Qu

Tuesday, August 12, 2008

Terkilan dengan mesej sahabat

11hb ogos 2008 merupakan tarikh keramat bagi saya. Mana tidaknya... Malam tu ada mesyuarat KKKI yang terakhir dan menjemput semua ahli jawatankuasa hadir. Malangnya, 30 minit pertama saya keluar untuk menghadiri perjumpaan assignment di Beta 3 (rumah kawan).

Tetiba, saya dapat panggilan daripada seorang sahabat. Kenapa hantar mesej macam ni.... ("Assalamualaikum. Tau x mlm ni de meting KKKI. Di DK Alpha, napa ramai yang x datang ni...") taux ada sahabat kita sakit....? katanya. Saya terasa amat kecewa selepas dapat panggilan tu. Sebenarnya, dia cakap macam tu selepas saya hantarkan mesej untuk peringatan tapi lain pula penerimaan mereka. Saya menjadi give up nak bagi mereka mesej lagi.

Selepas mendapat panggilan tu, saya hantar mesej sekali lagi..."Terima kasih teman kerana beri peringatan tentang mesej td. Tapi saya kecewa dan takkan mungkin sha dapat mesej dri saya tentang apa sahaja bab kawan tk boleh terima info dari saya walaupun untuk peringatan sahaja. walaupun mesej tu biasa sahaja. Tapi dianggap kasar. Plzzz think out of box. Try to be a good Muslimah together." . Fikirkan sahabat yang sayangkan kita, saya ambil inisiatif sendiri untuk bersangka baik terhadap yang dilakukan.

Pernahkah kita terfikir hendak memartabatkan maruah muslimat....? Muslimat Power... Dalam bergerak kerja muslimat adalah sayap kiri bagi pejuang-pejuang di jalan Allah terutamanya bagi muslimin. "Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagan yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan salat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana" Surah At Taubah (9:71)

Kekadang kebaikan yang kita lakukan tidak akan dinilai oleh mereka melainkan keburukan yang pernah terlanjur dilakukan. Namun, Jika kamu merasa sedih mohonlah pertolongan daripada Allah, insyaAllah segala kesedihan yang ditanggung dapat dikurangkan. Kerana biarlah kita hina di hadapan manusia jangan kita miskin di hadapan Allah dengan tiada ibadah yang diterima akibat dosa-dosa lalu yang pernah kita lakukan.

Bangkitlah menuju jalan Allah yang pasti ada dua matlamatnya iaitu SYURGA dan NERAKA.

No comments: