Followers

Akuarium Qu

Saturday, September 6, 2008

As-Syifaa' ilmuan wanita yang disukai Rasulullah

Begitu indah siapa pun kan tergoda,

Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa,

Tanpa iman dalam hati ,

Kitakan dikuasai,

Pulanglah kepada tuhan cahaya kehidupan,

Keimanan ketakwaan kepadanya,

Senjata utama.

(Petikan lagu daripada kumpl Hijjaz)


Begitu indah dunia, siapa pun kan tergoda. Betapa dasyatnya dunia mampu mempengaruhi manusia melakukan sesuatu perkata di luar batasan akal sehingga berlaku pelacuran di kalangan wanita, zina berlaku sana sini, kes pembuangan anak dan sebagainya hanya disebabkan pengaruh wanita.

Sedar tidak sedar kita semakin hampir dengan kiamat iaitu hari pembalasan. Namun ana masih merasa kagum dengan muslimat- muslimat yang ada pada masa dahulu semakin sedar akan tanggungjawab dalam menjaga kehormatan dan kemaluan mereka selepas zaman jahiliah melanda Mekah. Contoh, As-Syifaa’ binti Abdullah bin Abdu Syams bin Khalaf Al-Quraisyiah. Dia memiliki akal fikiran yang cerdas disertai jiwa dan roh yang bersih serta sentiasa sedar terhadap kebenaran. Ditambah lagi dengan kemahirannya membaca,menulis dan kepakarannya mengubati badan dan jiwa yang tidak sihat. Peribadinya diperindahkan lagi dengan sifat kelembutan dan kematangan.

Sedang Rasulullah SAW sendiri memberi perhatian memartabatkan keistimewaan tersebut bagi menyuluh jalan keilmuan dikalangan wanita Islam. As-Syifaa’ dijadikan idola ilmu yang memecahkan tradisi buta huruf dikalangan wanita yang awal memeluk Islam. Dia bukan sahaja bertugas sebagai tabib wanita, malah dia turut mengajar kaum muslimah menulis dan membaca.

Meskipun peristiwa kehidupan As-Syifaa’ telah lama berlalu. Namun, dia masih sesuai dijadikan idola ilmu pada hari ini. Marilah kita terapkan nilai-nilai murni ini di dalam kehidupan kita selaku remaja.Tambahan pula,usia muda kita miliki adalah masa yang subur menimba ilmu sebanyak yang mungkin bagi mentadbir maslahat hidup pada masa hadapan. Kecergasan fizikal dan ketajaman minda ketika usia muda ini merupakan modal yang paling besar yang membawa hasil lumayan.


Juga mari bersama kita aplikasikan sifat dan sikap wanita yang mampu memecahkan tembok kebodohan di kalangan wanita masa kini. Namun tanpa usaha tidak wujud perubahan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Muslimat power.


No comments: