Followers

Akuarium Qu

Friday, September 5, 2008

Menuntut Ilmu sehingga ke Negara China

Assalamualaikum...w.b.t

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Hina rasanya diri ini, dan kerdil di sisi Allah apabila tiada ilmu.

"Maka Kami memberikan pengertian kepada Sulaiman (tentang hukum yang lebih tepat), dan kepada masing-masing Kami berikan nikmat dan ilmu, dan kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Dawud. dan kamilah yang melakukan." (Surah Al-Anbiyah:79)

Alhamdulillah dan syukur kepada illahi, kerana saya masih diberi peluang untuk menulis coret dalam blog luahan rasa. Namanya Luahan rasa, apa lagi inilah blog untuk saya meluah rasa. Walaupun apabila seseorang ditimpa masalah, Allah sahaja yang berhak kita untuk mengadu. Namun sebagai manusia yang tidak pernah merasa puas dengan nikmat yang ada akan terus mencari apa yang mereka inginkan. Sehingga sanggup membelakangi Allah. Nauzubillah

Pagi ni saya terpanggil untuk menulis tentang Menuntut ilmu. Golongan intelektual berkata, Mencari ilmu hingga ke negara china... kerana jauh perjalanan luas pandangan dan banyak pengalaman dari situ juga kita boleh menimbah banyak ilmu dan. Sahabat selalu berpesan dan menyatakan bahawa tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.. Kerana ilmu yang ada di dunia tidak akan pernah habis untuk dicari dan sebagai bekalan di akhirat kelak.

Kita lihat dari sudut realitinya, Orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu adalah dua tahap yang berbeza. Kerana apabila golongan yang mempunyai ilmu berdebat dengan golongan yang tidak berilmu sudah pasti mereka yang tidak mempunyai ilmu terkedu dengan hujah-hujah yang diutarakan dalam memberi pandangan terhadap sesuatu isu.

Melalui itu kita boleh menilai sejauh mana tahap seseorang samaada dia mempraktikkan ilmu yang dia ada ataupun hanya sebagai memenuhi masa. Walhal jika ilmu yang dia pelajari selama ini dikongsi bersama sahabat dan teman. Ini adalah lebih baik daripada menuntut ilmu untuk kepentingan diri sendiri.

Berbalik kepada topik perbincangan kita pagi ini, berkenaan mantapkan diri dengan ilmu. Tanpa ilmu kita akan dipandu oleh nafsu sedangkan jika ilmu penuh di dadah kita akan dipandu oleh akal. Bertindak di luar pemikiran yang waras menyebabkan ilmu yang disampaikan tidak menusuk ke dalam diri. Sia-sia duduk dalam majlis ilmu apabila ilmu yang disampaikan tidak menyerap ke dalam hati.

Kurangnya ilmu kerana tidak mencari. Inisiatif diri sendiri untuk meneroki ilmu mampu mengatasi dan membantu kita sebagai golongan yang bijak pandai dengan ilmu. Usaha tangga kejayaan. Mudah-mudahan usaha yang kita lakukan ini, dinilai dan dipandu oleh Allah. Kerana Allah melihat kepada usaha bukan angan-angan semata-mata. Apabila kita ingin menjadi golongan yang berilmu, Usaha kita mestilah mengatasi angan-angan. Jangan jadi Angan-angan mad Jenin. Tapi terus usaha kita untuk mencari ilmu.

Sekian dahulu...




No comments: