Followers

Akuarium Qu

Tuesday, October 7, 2008

Mari hayati keindahan Syawal


Tok... Tok... Tok... Mungkin ada tiga kali pintu bilik diketuk. Dalam keadaan mamai aku melangkah mengagahkan badan untuk menuju ke arah pintu supaya orang sedang mengetuk pintu bilik ku, ku ketahui. Tetiba ketukan itu berhenti seketika. Aku meneruskan juga untuk membuka pintu. Kelihatan sahabat ku yang setia menanti untuk mengejutkan aku daripada tidur untuk solat subuh.

"Sya, jom pegi masjid...!! Lama tak solat subuh di sana. Rindu pula dengan persekitaran masjid yang semakin suram selepas berlalunya Ramadhan". Luahan seorang sahabat ku yang selalu memberi peringatan kepada ku tentang mengingati Allah iaitu Has.

Dalam keadaan longlai tadi, ku cuba untuk membantu diri ku untuk melawah nafsu tidur yang tidak akan ada penghujungnya.
"Terima kasih kerana ingatkan. Kejap ya sya siap dulu." Tanda aku sudah mula sedar sepenuhnya. Sementara menunggu ku bersiap. "Has duduk dulu ya, sya nak bersiap ni. Nanti kita pegi jap lagi."

Inilah ru
tin harian yang ku lalui selepas meninggalkan Ramadhan beberapa hari lalu. Dalam bulan Syawal lain pula cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi. Semasa Bulan Ramadhan hari tu, syaitan dan iblis semua diikait. Kita dapat melakukan ibadat dengan mudah. Tiba ja bulan Syawal, ku mulai risau dengan tahap iman yang sentiasa turun naik. Bila-bila masa sahaja akal ku boleh dikalakan oleh nafsu yang tidak pernah mengaku kalah. Dengan bantuan daripada Syaitan laknatullah yang sentiasa menggunakan peluang untuk memujuk manusia melakukan yang terlarang. Nauzubillah Minzalik.



Sedikit komen daripada cerita di atas...

Ini adalah luahan seorang sahabat seperjuangan di kampus yang kini berada di tahun 3. Sama dengan keadaan kami yang telah menuntut di universiti selama 3 tahun. Simple tapi banyak pengajaran.

Pertama, Bangun dari t
idur. Solat di awal waktu adalah digalakkan kerana ia mengambarkan perjalanan hidup kita pada hari esok. Jadikan solat di awal waktu menjad habit kita dalam mengurus masa yang sentiasa sibuk.

Kedua, Sambut tetamu dengan sopan. Memuliakan tamu adalah amalan Rasulullah sepanjang hayatnya. Apabila tamu bertandang ke rumah, layanlah seperti Raja kerana mereka diibaratkan tetamu yang dihantar oleh Allah untuk melawat dan bertanya khabar. Lagipun, kehadiran tamu ke rumah dapat meggambarkan hubungan kita dengan tuan rumah. Apabila kita jarang bertandang ke rumahnya bermakna kita ada masalah dari segi ukhuwah itu sendiri. Pendapat seorang sahabat menyatakan bahawa sahabat yang bertandang ke rumah akan membawa dosa-dosa kita setelah ia keluar dari pintu rumah kita.

Ketiga, Mengimarahkan masjid. Bukanlah menjadi kewajipan untuk kita solat berjemaah bagi perempuan pada
setiap waktu solat di masjid. Tapi masjid adalah rumah Allah, takkan kita hendak sia-siakan ia kosong. Tidak salah kita yang menjadi salah seorang daripada tetamu ALlah yang sentiasa dinantikan kedatangannya.

Keempat, Bagi tazkirah. Beberapa minggu yang lalu, saya ada bertanya satu soalan dengan seorang ukhti. Soalannya begini, "Ukhti, apa yang dimaksudkan dengan tazkirah..?". Ukhti itu menjawab. "Tazkirah, mengikut kefahaman dan ilmu yang ada, tazkirah bermaksud peringatan". Syukran ukhti, sekurang-kurangnya, pertanyaan tadi memberi kefahaman kepada saya. Betullah kata-kata Ukhti tadi bahawa tazkirah itu beri peringatan. "Dan berilah peringatan, Sesungguhnya peringatan itu amat berguna bagi golongan yang beriman"(Surah Az-Dzariyyat:55)

Kelima, Jihad. Dalam sebuah hadis saya ada terbaca bahawa Jihad paling besar adalah melawan hawa nafsu selain berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.
Jihad melawan nafsu juga adalah satu inisiatif untuk memudahkan kita terus patuh dalam melaksanakan ibadah kepada Allah. Mudah-mudahan kita ditempatan dalam golongan orang-orang yang cekal. Doa untuk teguhkan hati. Tambahan lagi, jangan biarkan nafsu mengatasi akal. Bertindak mengikut pemikiran yang rasional adalah lebih baik daripada bertindak mengikut emosi.

No comments: