Followers

Akuarium Qu

Tuesday, August 12, 2008

Terkilan dengan mesej sahabat

11hb ogos 2008 merupakan tarikh keramat bagi saya. Mana tidaknya... Malam tu ada mesyuarat KKKI yang terakhir dan menjemput semua ahli jawatankuasa hadir. Malangnya, 30 minit pertama saya keluar untuk menghadiri perjumpaan assignment di Beta 3 (rumah kawan).

Tetiba, saya dapat panggilan daripada seorang sahabat. Kenapa hantar mesej macam ni.... ("Assalamualaikum. Tau x mlm ni de meting KKKI. Di DK Alpha, napa ramai yang x datang ni...") taux ada sahabat kita sakit....? katanya. Saya terasa amat kecewa selepas dapat panggilan tu. Sebenarnya, dia cakap macam tu selepas saya hantarkan mesej untuk peringatan tapi lain pula penerimaan mereka. Saya menjadi give up nak bagi mereka mesej lagi.

Selepas mendapat panggilan tu, saya hantar mesej sekali lagi..."Terima kasih teman kerana beri peringatan tentang mesej td. Tapi saya kecewa dan takkan mungkin sha dapat mesej dri saya tentang apa sahaja bab kawan tk boleh terima info dari saya walaupun untuk peringatan sahaja. walaupun mesej tu biasa sahaja. Tapi dianggap kasar. Plzzz think out of box. Try to be a good Muslimah together." . Fikirkan sahabat yang sayangkan kita, saya ambil inisiatif sendiri untuk bersangka baik terhadap yang dilakukan.

Pernahkah kita terfikir hendak memartabatkan maruah muslimat....? Muslimat Power... Dalam bergerak kerja muslimat adalah sayap kiri bagi pejuang-pejuang di jalan Allah terutamanya bagi muslimin. "Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagan yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan salat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana" Surah At Taubah (9:71)

Kekadang kebaikan yang kita lakukan tidak akan dinilai oleh mereka melainkan keburukan yang pernah terlanjur dilakukan. Namun, Jika kamu merasa sedih mohonlah pertolongan daripada Allah, insyaAllah segala kesedihan yang ditanggung dapat dikurangkan. Kerana biarlah kita hina di hadapan manusia jangan kita miskin di hadapan Allah dengan tiada ibadah yang diterima akibat dosa-dosa lalu yang pernah kita lakukan.

Bangkitlah menuju jalan Allah yang pasti ada dua matlamatnya iaitu SYURGA dan NERAKA.

Wednesday, August 6, 2008

Don't do it, but you must.....

Tahu petua-petua agar tidak lupa:
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan makan organ dalaman
  • Jangan minum semasa makan
  • Jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • Jangan melihat buih
  • Jangan membaca nama pada batu nisan
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
  • Banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  • Banyakkan makan kekacang
  • Bakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • Jangan makan sehingga terlalu kenyang
  • Jangan kencing berdiri
Kurangkan gunakan perkataan jangan kerana menurut pakar psikologi, jangan semakin tergalak untuk lakukan. Jadi cuba elakkan:
  • Makan kepala ikan
  • Makan organ dalaman
  • Minum semasa makan
  • Minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • Melihat kemaluan
  • Melihat buih
  • Membaca nama pada batu nisan
  • Makan sehingga terlalu kenyang
  • Kencing berdiri


Seseorang individu yang inginkan kejayaan perlu ada inisiatif untuk mencapai dengan usaha sendiri. Pesan orang yang akademik, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. If you plan to go far, you must go alone but if you want go very fast, you go together. But don't be shy to study anything.

Tuesday, August 5, 2008

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing- masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw: "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA. Sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

* Para Nabi

* 2 Para Ahli Jihad

* Para Alim Ulama

* Para Syuhada

* Para Penghafal Al Quran

* Imam atau Pemimpin yang Adil

* Tukang Azan

* Wanita yang mati kelahiran/beranak

* Orang mati dibunuh atau dianiaya

* Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt member wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA."

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt:

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." - [69:24)

p/s Kita Manusia yang berasal daripada segumpal tanah, dan InsyaAllah sudah tiba kita akan kembali jua ke Tanah. Sebagai renungan bersama, setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya. Muhasabah diri selalu, mari berdoa mudah-mudahan kita ditempatkan dalam golongan yang beriman. Aminnnn

Monday, August 4, 2008

Tazkirah "Solat lima waktu"

Wahai pembaca luahan hati sekalian,

Bismillaharrahman arrahim..

Apa kbr semuanya...?

Saya hendak menyampaikan satu tazkirah yang bertajuk Solat lima waktu.

Syukur kehadrat ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk menikmati dua kurniaan Allah yang terbesar iaitu, nikmat Iman dan nikmat Islam. Dikesempatan yang ada cerita sedikit berkenaan solat lima waktu.

Solat lima waktu merupakan rukun ke dua yang digariskan dalam Rukun Islam. Dari segi bahasa, solat adalah penghambaan diri kepada Allah melalui perbuatan, iaitu 13 rukun dalam solat dengan khusyuk dan mengharap mardathillah Allah. Dalam sehari kita akan mengerjakan 5 solat fardhu iaitu Subuh (dua rakaat), Zohor (empat rakaat), Asar (empat rakaat), Maghrib(tiga rakaat) dan Isya (empat rakaat).

Menjaga solat adalah tuntutan kita, kerana solat adalah tiang agama. Apabila kita mendirikan solat maka kita akan mendirikan tiang agama. Manakala apabila solat kita tinggalkan maka kita meruntuhkan agama. Walhal, kita sebagai hamba yang hina.

Kelebihan-kelebihan mengerjakan solat,
1. Selamat dunia akhirat.
2. Terhindar daripada melakukan maksiat
3. Membentuk bait solehah
4. Menikmati ketenangan jiwa
5. Termakbul doa ketika solat

InsyaAllah, sedikit tazkirah yang disampaikan dapat menyedarkan kita dalam kesibukan mengurus hal dunia, kita tidak lupa pada akhirat. Sekian akhir kalam, wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum w.b.t.