Followers

Akuarium Qu

Friday, January 2, 2009

INDAHNYA UKHUWAH.......

salam...apa khabar semua sahabat-sahabatku....semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. hari ini kita akan fokus kepada ukhwah......
apa itu ukhwah?
apabila perkataan ukhwah disebut,pasti muncul difikiran kita mengenai hubungan antara manusia.dalam Al-Quran Allah S.W.T. berfiman:
"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertawakalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"(49:10)

sebagai contoh,kita dapat melihat bagaimana indahnya ukhwah para sahabat semasa zaman Rasulullah s.a.w .kita dapat melihat bagaiman pengorbanan sayyidina Abu Bakar menahan patukan ular berbisa kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah s.a.w yang sedang tidur di pangkuannya.Rasulullah terjaga kerana terkena airmata kesakitan Abu Bakar.Rasulullah mengeluarkan bisa ular dengan mulut baginda sendiri.
Itulah ikataan ukhwah yang sebenarnya.ikatan yang tidak boleh di beli dengan harta,tetapi ia merupakan roh yang dihidupkan oleh Allah dalam hati orang-orang yang beriman apabila Dia mengkehendakinya agar mereka dekat dan bersatu..mereka bertemu dan berpisah kerana Allah semata-mata......

No comments: