Followers

Akuarium Qu

Sunday, January 4, 2009

MENGAPA IBADAT SEMBAHYANG TIDAK MEMBANGUNKAN INSAN

Mengapa ibadat sembahyang tidak membangunkan insan.
peringkat-peringkat sembahyang,nilaikan dimana tahap sembahyang kita.Dalam era membaiki diri ini,kita check sembahyang kita,nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu,dan ini juga gambara secara keseluruhannya,mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1. kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang,bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang,mereka telah jatuh kafir.imam maliki kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.imam syafie kata jatuh fasik(pun masuk neraka juga)kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu..

Golongan 2.orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja,bacaan pun masih tak betul,taklid buta,main ikut-ikut orang saja.belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada.ilmu tentang sembahyang tiada.golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada allah taala.

Golongan 3. orang yang mengerjakan sembahyang,bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat.jadi mereka ini sekejap sembahyang,sekejap tidak.kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang,kalau sibuk dan terkocoh kacah,ada program kenduri,pesta ria,berziarah,bermusafir,letih dan penat,maka ia tak sembahyang.orang ini jatuh fasik.

Golongan 4. orang yang sembahyang,kalaupun ilmunya tepat,fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau periksa satu persatu bacaannya,lafaznya banyak yang dia tak faham,fikiranya tak berpusat atau tak tertumpuh sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakan itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.cuma main hafal saja.jadi fikiranya masih melayang menigatkan perkara dunia dan alam sekeliling.fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang.neraka wali bagi orang ini.

Golongan 5. golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu,tepat ilmunya,faham setiap bacaan sembahyan,fatihahnya,doa iftitahnya,tahiyyatnya,tapi tak hayati dalam sembahyang itu.fikiranya masih melayang mengingatkan perkara dunia,dek kerana faham saja tatapi tidak dihayati.golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6. golongan ini baik sedikit dari golongan yang lima tadi,tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya,sekali sekala khusyuk,sekali sekala lalai pula.bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya,teruslah terbawa bawa,berkhayal dan seterusnya.bila teringatkan Allah secara tiba-tiba maka insaf dan sedarlah semula.cuba dibawa hatinya serta fikiranya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya.begitulah sehingga selesai sembahyangnya.ia merintih dan tak mahu jadi begitu,tetapi terjadi jua.golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa.nafsunya bertahap mulhamah(bererti menyesal akan kelalainnya dan cuba baiki semula,tapi masih tak berdaya kerana tiada kekuatan jiwa).golongan ini terserah kepada Allah.yang sedar dan khusyuk itu mudah mudaham di terima Allah,mana yang lalai itu moga Allah ampunkan dosanya,namun tiada pahala nilai sembahyan itu.ertinya sembahyangnya tiada membari kesan apa2.Allah belum lagi cinta orang ini.

sambunganya......esok la.....:-)

No comments: