Followers

Akuarium Qu

Tuesday, January 6, 2009

Telur menjadi modus operandi untuk mengertak orang

11/3/2008 : subject taktik rompakan dilebuhraya guna telur ayam,
Ni, aku ada dengar satu cerita. nak kata baru tu tak jugak lah.
cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati
walau dimana kita berada.
Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan
(bukan nama sebenar) sedang memandu di lebuhraya kesas dekat plaza
tol puchong menuju ke kajang 23 disember 2007 lalu lebih kurang
jam 11 malam.
Dia bersama isterinya Tipa (juga bukan nama sebenar), pulang dari
makan malam di rumah adiknya di bandar sunway.
Kemudian, sebuah motosikal memotongnya .... si pembonceng
tiba tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan
(windscreen) kereta Mat Hassan. habis kotor cermin tu,
sampai susah nak tengok depan.
Mat hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. apalagi terus
hilang pandangan hadapan!! langsung tak nampak apa-apa.
mana taknya, telur tu bila diratakan dgn bilah wiper, makin
memutih la kat atas cermin tu dgn sebati dan sekata lagi....
Terus mat hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan, dia pun
keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je
dalam kereta.
Tiba tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat hassan
3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke ara mat hassan
dgn pedang samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh
diaorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.
Nasib baik laa.. nak jadikan cerita. mat hassan ni polis.
Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). terus dia
keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan
amaran ke udara.
3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk
macam orang gila, kedalam kereta dan terus blah,
dengan lajunya, dgn tak bagi isyaratnya.. ..
Mat hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat...
KEsan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.
Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai
di lebuhraya. mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan
- lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.
Jadi, tolonglah kita sama kena ingat. Bila perkara sebegini
berlaku kepada anda, pastikan.
1. Jangan sesekali tarik spray wiper,
2. Teruskan memandu dgn apa jua keadaan pun, ke mana mana
stesen minyak, balai polis, 7-eleven, atau mana sahaja tempat
tumpuan orang ramai.
Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan
rakan-rakan pandulah dengan selamat. wallahu a'lam.
p/s. kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ini.
kita akan jadi lebih berhati hati.. bila perkara yang seumpama
ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan
jadi lebih proaktif dan berkesan.

No comments: