Followers

Akuarium Qu

Saturday, February 28, 2009

Persoalan-persoalan mengenai Solat


"Solat Tiang Agama"


Akak sah kah solat kalau kita tidak berwu'duk..? Inilah persoalan yang sering ditanya oleh adik-adik yang menyertai program praktikal solat. Jawapanny, tidak sah. Cuba rujuk Surah Al-Maidah ayat 6. Ayat ini memberitahu bahawa sebelum solat kita perlu berwu'duk.

Kenapa perlu berwu'duk..? Tujuannya supaya kita berada dalam keadaan bersih sebab tidak sah solat sekiranya badan dipenuhi najis atau kotoran. Fadhilatnya, kita akan terhindar daripada penyakit, Allah sendiri suka kepada orang pembersih. Lagi satu kalau kita kotor syaitan dengan mudah akan menganggu. Kita tidak akan khusyuk dalam solat apabila syaitan sentiasa ada di sisi. Oleh itu, kita perlu berada dalam keadaan bersih.

Lawak-lawak sikit, ada seekor anjing lalu depan kita yang sudah berwu'duk, tiba-tiba dia menjilat kakinya. Adakah wuduk kita terbatal ketika itu...? Apa jawapan anda..? Percaya atau tidak, penulis menjawab wuduknya tidak batal sebab anjing tu lalu ja, dia jilat kakinya bukan orang yang berwuduk tadi. Betul tak..?

Kenapa perlu mengerjakan solat..? Teringat pesan seorang kawan tu..!! Mimi (bukan nama sebenar) kena jaga solat tau sebab solat adalah tiang agama, barang siapa tidak mendirikan maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa meninggalkan solat maka dia meruntuhkan agamanya.

Bagaimana dikatakan kita mendirikan solat namun tetap juga dalam keadaan tidak khusyuk..? Jawapannya senang je, kita masih memikirkan hal-hal dunia, walhal sempurna solat seseorang apabila ia khusyuk dan merasakan Allah memerhatikan setiap pergerakannya. Penyelesaiannya, lupakan sekejap hal-hal yang berkaitan dunia, nescaya kita boleh mendapatkan kekhusyukan dalam solat.

P/s Sedikit perkongsian mengenai solat. Penulis rasa perlu untuk berkongsi post kali ini, walaupun perkara remeh, namun itu yang menyebabkan kita tidak khusyuk dalam solat. Sama-sama kita menghayati erti solat yang sebenar. Kerana solat 5 kali sehari semalam diibaratkan kita menyuci dosa-dosa sepanjang hidup. Perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah solat, jika sempurna solat seseorang maka akan sempurna imannya.

No comments: