Followers

Akuarium Qu

Sunday, March 1, 2009

....Kesedihan menusuk kalbu...

....Salam ukhuwahfillah....

...Benarkah jalan ku ini..

Kenapa kita perlu bersedih..? Ibarat wanita dengan air mata, tidak dapat dipisahkan oleh lautan luas.
Oh Ibu..!! Kenapa ini yang kita alami di saat ku rindukan kasih sayang mu..
Oh Ibu..!! Kenapa aku yang merasakannya keperitan bukan orang lain yang hidup dengan bilangan keluarga yang ramai, kita juga yang mengalami.
Oh Ibu..!! Aku tidak tahan lagi dengan dugaan yang menimpa kita. Sungguh jiwa ku sakit ditusuk kesedihan, sehingga aku rela untuk melakukan perkara di luar kawalan dengan menjualkan diri kepada orang tidak ku kenali, namun untuk mencari sesuap nasi aku perlu melakukan pekerjaan terkutuk ini.

Adakah aku patut berundur setelah ini jalan yang Allah berikan kepada ku..? Tidak mungkin aku akan berpatah balik ke pangkal jalan. Aku tidak perlukan bimbingan sesiapa yang ada di sisi. Kerana usiaku yang telah mencecah 20-an dan tidak lagi memerlukan khidmat nasihat.

Oh Ibu..!! Kenapa aku dibiarkan suatu ketika dahulu. Sedangkan aku adalah penyeri rumah tangga setelah ibu memperoleh cahaya mata pertama kali. Apakah salah ku...? Adakah aku yang berdosa..? Hukuman jenis apakah yang menimpa ini.. Apapun keperitan dalam menjalani kehidupan benar-benar mengajarku untuk terus tabah dan menghadapi ujian ini dengan lapang dadah.

2 tahun kemudian...


Aku menemui sinar baru dalam hidup, setelah aku bertemu seorang ustazah di sebuah terminal bas. Kebetulan aku betul-betul memerlukan santapan rohani berkonsepkan Islamik ketika itu. Masih terdengan bisikan suaranya yang merdu.
  • Engkau harus tabah menghadapi ujian ini.
  • Engkau tidak boleh lari dari segala masalah kerana setiap manusia mempunyai masalahnya terseniri. Walhal kitalah yang paling mulia di sisi Allah jika kita bertakwa.
  • Pernahkah terdetik dalam hati "saya ingin menghayati Erti Islam sepenuhnya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan".
  • Teruskan mencari sirna hidup dan juga jalan kebahagiaan nescaya nertemu cinta yang hakiki.
  • Jika sebelum ini engkau pernah kecundang usah biarkan pisang berbuah dua kali. Jauhkan dirimu dari lembah kemaksiatan.
  • Tingkatkan amal perkasakan seruan Ilahi, taatlah perintah Allah dan Rasul, Tunaikanlah solat 5 waktu sehari semalam dan laksanakan rukun-rukun dalam Islam.
  • Yakinlah bahawa Allah itu Esa, dan tiada duanya.
Akhirnya, hidupnya diselubungi sinaran cahaya, walaupun kegelapan alam barzakh tidak boleh dilihat dengan pancaindra. Nur ilahi menyinari kehidupannya di alam sana. Mudah-mudahan bertemu Syurga Allah.

p/s Sekadar perkongsian dan luahan rasa, cerita ini hanya sebagai memperingati kaum wanita. Betapa peripentingnya kita tabah dalam menghadapi ujian yang melanda. Semoga kita terus cekal dalam mengjhadapi ujianNya. Walaupun kita insan lemah tapi jangan disangka tangan yang lembut menghayun buaian mampu megoncang dunia.

1 comment:

NurSyahadah said...

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat