Followers

Akuarium Qu

Saturday, March 28, 2009

Siapakah kita....?

I see the moon, the moon sees me,
The moon sees somebody I want to see,
Allah bless the moon, Allah bless me,
Allah bless somebody I want to see....

Siapakah kita..? "Kita yang buat semua kerja". Keluh seorang kawan. Walhal buat kerja tak mana pun. Perli ku buat diriku yang sering merasa letih setelah buat assaigment itu assignment ini. Sejak kebelakangan ini banyak pula assignment, maklumlah da nak exam. Ada beberapa minggu lagi. dijangka 20bh April 2009, tolak waktu pegi kuliah, waktu makan, waktu bersembang tak kira lagi waktu untuk lepak.... Buang masa banyak, bila masanya nak study..? Wah.. Wah... banyaknya keja, masa pula selalu mencemburui kita. Namun layakkah kita bahagi2kan masa sedangkan kita diberikan masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Itulah perlunya perancangan dalam gerak kerja seharian supaya kita boleh mengetahui siapakah diri kita sebenarnya.

Teringat satu kata-kata hikmah yang tersentak bila membacanya, "Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan orang lain capai ". Pedas tapi bermakna buat diri ini yang perlukah kata-kata semangat untuk berubah. Namun perubahan kerana manusia tidak akan kekal lama. Oleh itu berubah mengikut naluri seorang manusia, bukan syaitan semata-mata.

Siapakah kita..? Kenali diri anda dan cuba ubah di mana terdapat kekurangan, kelemahan dan segala bentuk masalah yang ada. Tujuannya tidak akan ada orang mudah menjatuhkan kita, tapi tiada makna kita sombong, ego kerana bodoh sombong di tambah ego memyebabkan orang benci dengan kita. Perbaiki diri sendiri di sampaing memperbaiki orang lain.

Bersama pembentukan modal insan mengikit acuan Al-Quran.


No comments: