Followers

Akuarium Qu

Thursday, April 2, 2009

...Demi mu...

Manfaatkan masa mu dengan menuntut ilmu. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang saling berpesan mengerjakan kebaikan. (Surah Al-Ars 1-3). Maka rugilah orang-orang yang mensia-siakan masanya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Beringat sebelum kena, jangan dah terantuk terngada baru sedar. Dan berilah peringatan, sungguh peringatan itu baik bagi mereka yang beriman, (Surah Ad-Dzariyyat:55). Manusia mudah lupa, itu yang perlu untuk diingatkan selalu.

Gerak kerja, akademik, kerjaya menjadi persoalan utama dalam kehidupan seorang yang mencintai agamanya. Iaitu agama Islam. Siapa yang sanggup mengorbankan masa demi melakukan perkara-perkara di atas. Namun ingatlah kalam Allah dalam AL-Quran bahawa, Jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan menolong dan meneguhkan kedudukan kamu, (Surah Muhammad:7)

Sungguh tiada perancangan yang lebih teliti melainkan perancangan Allah. Setiap apa yang dirancang dalam kehidupan ini biarlah selari dengan perancangan Allah.

Sesuatu kebaikan tidak akan dapat dinilai dengan perkara yang dilihat dengan mata kasar. namun kebaikan yang hakiki hanya ada di sisi Rabbul Izzati... Lakukan seberapa banyak perkara yang berunsur kebaikan, insyaAllah Allah akan mengurniakan kebaikan kepada diri mu..

Oleh itu, peringatan untuk diri sendiri, jadilah hari ini lebih baik dari semalam.



No comments: