Followers

Akuarium Qu

Wednesday, March 4, 2009

Wahai Kaum Hawa

....Assalamualaikum w.b.t....
....Salam Blogger...

Allah telah mengurniakan kita Akal untuk berfikir. Dengan akal ia dapat membezakan kita dengan makluk ciptaan Allah yang lain seperti binatang, tumbuhan dan hidupan lain. Semulia-mulia ciptaan adalah manusia dengan akalnya. Namun dengan akal kita mampu menjadi binatang. Buktinya dewasa ini semakin manusia yang berada di lembah kehinaan, zina semakin berleluasa, tambahan pula maruah wanita semakin tiada nilainya.

Buka friendster group, dalam sesi dialog bersama teman-teman friendster, sempat mengutarakan pandangan berkenaan tajuk "Kenapa wanita begini..?". Pendahuluan, kenapa wanita zaman sekarang suka mengadai maruah kerana lelaki..? Siapa yang harus dipersalahkan..? Penulis pun berkongsi sedikit, Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, Itulah perumpamaan bahawa wanita tidak akan sesuka hatinya menyerahkan segala miliknya tanpa desakan dari lelaki. Masalahnya di sini, perempuan tu pun satu, kalau pun nak mencari sesuap nasi, carilah yang halal. Pergi kelab malam menjual maruah demi untuk mencari sesuap nasi. Inilah dikatakan matlamat tak menghalalkan cara.

Sedih dan pilu juga hati mendengan nasib kaum hawa yang semakin ditindas. Sejarah membuktikan bahawa sebelum zaman Rasulullah, wanita adalah pembawa sial. Sesiapa yang melahirkan anak perempuan akan dipancung. Zaman ini dikenali sebagai zaman jahiliah, zaman kegelapan dan buta ilmu. Adalah tidak wajar kita kembali ke zaman jahiliah walhal dunia moden masa kini semakin berada di tahap yang membanggakan.

Kaum hawa yang dikasihi kerana Allah, jagalah dirimu, hiasi peribadimu, perindahkan akhlakmu seperti indahnya akhlak Siti Khadijah, Summayah, Balqis ataupun Rabiatul Adawiyah.
Mereka adalah suri teladan yang petut ada pada wanita zaman sekarang. Mengajak diri sendiri disamping kaum wanita yang lain untuk menuntut ilmu sebagai bekalan menghadapi zaman jahilia moden kini.

2 comments:

myikhwanfiideen said...

salam..

muhasabah yg berguna buat kaum hawa.. termasuk kaum adam juga..

keeps on writing..

NurSyahadah said...

salam....
trm ksh...
perlu saling ingat memperingati....