Followers

Akuarium Qu

Saturday, April 25, 2009

SIPADAN pulau Syurga


DENGAN kedudukannya setakat ini pada ranking ke 14, Pulau Sipadan, syurga bagi penyelam di pantai timur Sabah dijangka tindak enghadapi masalah untuk memperbaiki kedudukannya di Top 11 untuk layak disenaraikan sebagai satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata sehingga Isnin, Sipadan berada pada kedudukan ke-14 dalam kategori projek 7 Keajaiban Dunia yang baru, selepas melonjak daripada tangga ketujuh seminggu sebelum itu.

“Sipadan telah dicalon untuk bersaing dengan 30 pencalonan lain dalam kategori pulau. Kita perlu meningkat tiga lagi anak tangga untuk layak ke pusingan awal seterusnya,” kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.


Masidi menggesa rakyat Sabah agar melayari rakyat Sabah yang mempunyai email mengundi melalui www.new7wonders.com.

“Dengan menjadi satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru, ia akan meningkatkan industri pelancongan negara, terutama Sabah,” katanya sambil memberitahu tarikh akhir mengundi ialah 7 Julai ini.

Sabahkini.net adalah laman web pertama yang berkempen mempopularkan pengundian untuk Sipadan 7 Wonders.


No comments: