Followers

Akuarium Qu

Friday, July 31, 2009

Perjuangan belum berakhir

Assalamualaikum w.b.t...
Salam Alaik

Apa khabar Iman...?

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk berpijak di bumi yang gersang ini.

Kosong rasanya diri ini tanpa Dia di sisi. Wahai sahabat, wahai teman, sudahkan anda merasa kehilangan sesuatu...? Atau masih bermimpi di siang hari. Umur kita semakin meningkat. Dari hari ke hari kita semakin berada di penghujungnya. Namun perjuangan masih belum selesai. Tidak bermakna kita berada di luar kampus kita melupakan segalanya. Kerana medan sebenar seorang pejuang Islam adalah di luar.

Sungguh sabar itu separuh daripada Iman.

Dimulakan dengan Bismillah, di sudahi dengan ALhamdulillah. Namun ingat dengan pesan kak leni, setiap yang mula ada akhirnya, setiap menang mesti ada kalah, begitu juga dengan setiap yang hidup pasti akan menemui ajal. Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan pemergian ayah seorang sahabat. Mohon kepada pembaca blog yang sempat membaca, sedekahkan AL-Fatihah kepada ayah beliau supaya merasa tenang dan aman di sana.

Sedikit perbincangan ditujukan khas buat teman-teman. "Kewajiban yang mesti di jaga oleh pengikut/ Jundiyah" petikan daripada sebuah buku harakah hasil tulusan Ustaz Mustafa Mashyun menerangkan kepada kita bahawa menjadi seorang penggerak perlu melakukan perkara-perkara yang telah digariskan dalam buku tersebut. Terdapat 10 kewajiban bagi seorang jundi. Namun kali ini sempat membincangkan beberapa kewajiban sahaja sebagai bekalan sepanjang berada di jalan dakwah.

Menjadi seorang yang Flexible iaitu bersedia dalam pelbagai bidang. Jemaah memerlukan penggerak yang boleh melakukan semua bidang tugas. Hakikat bahawa kita tidak dapat melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun pengalaman menjadikan kita agar lebih matang dan berfikiran lebuh kehadapan. "Sungguh pengalaman lepas adalah sumber rujukan yang paling berharga."

Seorang penggerak juga perlu melaksanakan segala ilmu yang pernah dipelajari. Jika semalam dia belajar bidang dakwah, misalnya teknik bercakap, dan perlu digunakan sepenuhnya dalam menyampaikan risalah islam kepada masyarakat. Bukan kemahiran bercakap yang dipelajari itu digunakan untuk menyampaikan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam. Kerana ini akan memberi kesan kepada dirinya sendiri.

Paling penting menjadi kepentingan seorang jundi adalah mengorbankan seluruh jiwa dan raga serta harta untuk meninfakkan diri kepada jemaah. Surah At-Taubah ayat 11, "Ada menjelaskan bahawa berjihad pada jalan Allah dengan jiwa dan harta, ibarat jualbeli, segala kerja amal yang pernah dilakukan akan mendapat balasan di akhirat kelak".

Akhir sekali, Tanam kasih sayang antara menusia kerana Allah. Tidak sempurna iman sesorang selagi dia tidak mencintai saudaranya. Ukhuwahfillah adalah tangga tertinggi dalam ikatan persaudaraan Islam, Berlapang dadah adalah paling rendah. Dan ikatan kasih sayang yang paling tinggi adalah utamakan saudara lebih daripada diri sendiri. Buktinya, nasihatkan sahabat agar tidak terleka. Nasihat Menasihati.

Isu semasa
1) Program Nisa Tawau
"Hidayah Muslimat" di Masjid Al-Khausar Tawau

2) Demonstrasi Perhimpunan Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009, bertempat di Masjid Negara dan Istanah Negara Malaysia.

3) Isu luar negara, seorang berani mati telah ditembak. Paris, seorang wanita bertudung dalam keadaan mengandung telah di tikam 9 kali kerana image Islam. Suami selamatkan namun mati kerana di tembak. Persoalan, kenapa bukan orang yang membunuh perempuan tersebut tidak ditembak.

4) 71 Juta untuk apa..? Pernahkan anda tahu isu ini..? Dari mana duit tersebut..?

Rumusan Usrah..

"Mengakhiratkan dunia" = Pegang dunia sebagai jambatan menuju Akhirat

Pengisian kali ini adalah berbentuk fakta. Segala isi yang sempat dikongsikan adalah ulasan ringkas daripada usrah kedua yang telah diikuti selama berada di kawasan. Masa dan jarak bukan penghalang untuk kita berada di jalan dakwah ini. Kerana kita mengetahui bahawa, banyak mehna dan tribulasi dalam perjuangan. Bersiaga setiap masa.

........Waallahualam.....




No comments: